PEMIMPIN masyarakat Melayu/Islam yang menghadiri dialog bersama Perdana Menteri mengenai isu tudung kelmarin berkata mereka memahami perubahan akan memakan masa.
Meskipun akur isu tudung sudah dibincang sejak sekian lama, pemimpin masyarakat turut menggesa masyarakat supaya bersabar dan membincangkan isu tudung secara rasional dan tenang.