SISTEM kita mempunyai dua cabang yang jelas - pemimpin politik dan perkhidmatan awam - yang secara umumnya dapat bekerja dengan baik.
Salah satu sebab penting ialah pemimpin politik dan perkhidmatan awam, terutamanya di peringkat atasan, berkongsi asas yang sama, nilai-nilai dan matlamat yang membawa mereka untuk berfikir dan bergerak ke arah yang sama.