NETFLIX mendedahkan baru-baru ini ia telah menarik keluar dari platformnya sejumlah sembilan program di beberapa negara ekoran permintaan daripada pihak berkuasa dari 2015 hingga Februari lalu.
Daripada jumlah ini, lima tajuk itu dikeluarkan atas arahan pihak berkuasa di Singapura, menurut laporan Sekitaran, Sosial dan Pentadbiran yang buat julung-julung kalinya dikeluarkan penyedia khidmat penstriman itu.