Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

BHALAL: RUANG INFO HALAL

Pencuci mulut turut lalui pertukaran trend

Pencuci mulut tradisional masih digemari, wujud juga pelbagai kafe, kedai roti, malah perniagaan media sosial bagi penuhi permintaan pelanggan yang makin rencam
Mar 08, 2020 | 05:30 AM



JIKA dahulu badak berendam, abuk-abuk dan talam ubi menjadi pencuci mulut pilihan orang lama, kini citarasa masyarakat Melayu sudah berkembang dengan adanya pilihan meluas untuk dicuba.



Seperti banyak perkara, pencuci mulut juga melalui trend berbeza saban tahun.



Pencuci mulut yang dinikmati hari ini tidak lagi terbatas kepada kuih-muih dan bubur tradisional, malah turut merangkumi kek, pastri dan tart ala Barat.



Dengan permintaan yang meningkat bagi pencuci mulut sedemikian, kian ramai orang kita yang tidak melepaskan peluang menceburi pasaran sedemikian.



Maka terbentuk kafe, kedai roti, malah perniagaan media sosial bagi memenuhi kehendak pelanggan yang semakin rencam.



Berikut antara trend pencuci mulut yang pernah atau masih wujud.



TERBIT, TENGGELAM BAGAI PELANGI?



Trend makanan berwarna-warni ini sangat hangat di pasaran sekitar tiga, empat tahun dahulu.



Daripada roti, kek, donat, ais krim, minuman sehinggalah coklat, kopi dan keju - semuanya telah diwarnakan bak pelangi.



Trend tersebut menjadi kegilaan terutamanya di media sosial dengan warga net berkongsi gambar makanan berwarna-warni mereka menggunakan hashtag seperti #rainbowfood dan #eattherainbow.



TRADISIONAL JADI INSPIRASI



Pencuci mulut moden yang diilhamkan daripada kuih-muih tradisional menjadi trend sedikit masa dahulu.



Malah, trend tersebut, walau sudah berkurangan, masih ada hingga hari ini.



Misalnya, ramai yang masih gemar memakan kek ondeh-ondeh, kek pengat durian dan kek putu piring yang dijual di beberapa kafe serta restoran.



Namun, dengan datang dan perginya trend-trend sebegini, peniaga yang ditemui Berita Minggu (BM) berkata pencuci mulut klasik tetap mempunyai tempat di hati pelanggan.



Pemilik Lynn's Cakes, Cik Lynn Saijan-Lim, 45 tahun, berkongsi bahawa perisa klasik bagi kek seperti coklat, red velvet dan kek lobak masih disajikan dan dijual sejak hari pertama perniagaannya dimulakan sehingga hari ini kerana ia masih diminta pelanggan.



Dimulakan pada 2013, kafe yang terletak di 11 Eng Kong Terrace itu dibuka dengan hanya menjual tiga perisa kek tersebut.



"Bila saya mulakan, dalam hati terdetik juga 'betul ke ni kedai kek, tak kan jual tiga macam sahaja?' tapi suami saya cakap tak apa, kita mulakan dengan tiga (perisa) dulu," kongsi Cik Lynn.



Kini, beliau menjual sehingga 30 perisa secara keseluruhan termasuk kek keju coklat gelap Belgian, salted caramel, raspberi lavender, dan avokado gula melaka.



Menurut Cik Lynn, beliau tidak begitu suka mengikut trend tetapi lebih memberi tumpuan kepada membuat dan menyediakan kek yang ingin dimakannya sendiri bagi pelanggan.



"Bila saya dengar kek putri salat, saya tak teringin nak makan, jadi saya tak nak buat.



"Jadi kek yang saya jual adalah kek yang saya suka," ujarnya, tersenyum lebar, sambil menambah bahawa kek kegemarannya yang turut di jual di kafe ialah kek span mentega cheddar.



Beliau juga sering mencuba resipi baru untuk mempelbagaikan perisa kek yang ditawarkan dan suka 'menggabungkan' perisa untuk dijadikan kek, misalnya, mangga dan markisa serta kacang hazel dan karamel.



Meskipun tidak selalu terikut-ikutkan trend terkini, Cik Lynn akur ada satu trend yang diikutinya kini, iaitu menggunakan pengganti bagi gula kerana kian ramai pelanggan yang mahukan kek yang lebih 'sihat'.



Oleh itu, bagi kek beri dan madunya, beliau telah menggantikan gula dalam resipi kepada madu.



Bagi pengasas All Things Delicious, Cik Dewi Imelda Wadhwa, 41 tahun, pula beliau perhatikan lebih ramai pelanggan kini suka kek yang tidak mempunyai terlalu banyak krim.



Lantas, kafenya yang terletak di 34 Arab Street menjual kek semi-naked atau yang dilayang-layangkan sahaja krim yang menyelaputi kek tersebut.



Cik Imelda, atau yang lebih dikenali dengan panggilan Mel, juga memberitahu BM bahawa meskipun trend pencuci mulut bertukar-ganti, pencuci mulut yang klasik tetap menjadi pilihan hati ramai pelanggan.



Beliau masih menjual lima jenis pencuci mulut yang dijual sejak hari pertama bermulanya All Things Delicious sekitar enam tahun lalu - skon (sejenis roti), brownies, granola, kek sugee berperisa oren dan sticky toffee pudding.



"Kami telah memperluaskan dan mempelbagaikan pilihan yang ditawarkan tetapi tidak melupakan 'asal-usul' kami.



"Jadi, misalnya, bagi skon, kami telah menambahkan beberapa perisa baru seperti gula melaka, dan bagi brownies kami kini ada perisa sea salt caramel - kedua-duanya merupakan antara item popular kami," ujar beliau.



Ditanya apakah trend akan datang bagi pencuci mulut, Cik Imelda berkata penggunaan bahan-bahan tempatan dijangkakan bakal lebih popular, bukan sahaja di sini malah di seluruh dunia.



"Misalnya bagi kita di Singapura, mungkin kita lihat lebih ramai yang menggunakan bahan seperti daun pandan dan bunga telang (blue pea)," ujar beliau.




Kami telah memperluaskan dan mempelbagaikan pilihan yang ditawarkan tetapi tidak melupakan 'asal-usul' kami. Jadi, misalnya, bagi skon (sejenis roti), kami telah menambahkan beberapa perisa baru seperti gula melaka, dan bagi brownies kami kini ada perisa sea salt caramel - kedua-duanya merupakan antara item popular kami.
- Pengasas All Things Delicious, Cik Dewi Imelda Wadhwa.



Bila saya mulakan, dalam hati terdetik juga 'betul ke ni kedai kek, tak kan jual tiga macam sahaja?' tapi suami saya cakap tak apa, kita mulakan dengan tiga (perisa) dulu... Bila saya dengar kek putri salat, saya tak teringin nak makan, jadi saya tak nak buat. Jadi kek yang saya jual adalah kek yang saya suka.
- Pemilik Lynn's Cakes, Cik Lynn Saijan-Lim.




PENCUCI MULUT HALAL YANG BOLEH ANDA CUBA!



Three's A Crowd



  • 802 Tampines Ave 4, #01-11, Singapore 520802

Wondertales



  • 308 Telok Kurau Rd, Singapore 423858

Sinfulcakes



Instagram: @sinfulcakes



Butter Studio



  • 147 Jalan Besar, Singapore 208865

Shubby Sweets



  • 42 Chai Chee Street #01-68, Singapore 461042

Julie Bakes



  • 14 Baghdad Street, Singapore 199653




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >