SEORANG Pengarah Eksekutif (ED) baru telah dilantik untuk mengetuai Sekretariat Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) - enam bulan selepas jawatan itu dikosongkan.
Cik Yusilawaty Yatiman, 32 tahun, dilantik bulan lalu bagi menggantikan Encik Ismail Husain, 57 tahun, yang mengundurkan diri pada Jun lalu.