Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Lidah Pengarang

Pengiktirafan bermakna bagi masyarakat majmuk kita

AHAD, 29 SEPTEMBER 2019
Sep 29, 2019 | 05:30 AM

ANUGERAH Negarawan Dunia yang dikurniakan kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong oleh Yayasan Appeal of Conscience merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna bagi negara dengan masyarakat majmuk ini - berbilang bangsa, bahasa, budaya dan agama. Negara kecil yang pernah disifatkan sebagai satu titik merah di khatulistiwa ini berupaya mengharungi pelbagai cabaran, menjaga keharmonian dan mengukir nama di persada dunia. Nilai-nilai toleransi, rasa hormat dan harmoni yang didukung yayasan itu selari dengan nilai-nilai yang menyatupadukan Singapura. Tidak banyak negara mampu berbuat demikian.

Keupayaan Singapura didorong beberapa faktor. Antaranya ialah prinsip adil dan saksama yang diterapkan dalam sanubari rakyat, seperti yang terpahat dalam Ikrar Negara yang dilafazkan para pelajar setiap pagi di sekolah - berikrar sebagai rakyat yang bersatu padu, tidak kira apa bangsa, bahasa atau agama; berdasarkan keadilan dan persamaan, untuk mencapai kebahagiaan, kemakmuran, dan kemajuan bagi negara kami.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >