IA amat penting bagi Singapura untuk terus mereka semula dirinya dan para pemimpinnya bersedia melakukannya, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Beliau mengulas mengenai apakah yang ingin beliau terus belajar jika masih muda dan telah melalui banyak perubahan dalam kerjayanya ketika menjawab soalan dalam sesi dialog di Puncak Negara Bijak kelmarin.