Topik diikuti
Pergi ke BHkuPentingnya Asean kepada warga Singapura

MASA DEPAN ASEAN YANG CERAH: Bendera negara anggota Asean yang diletakkan sederet ini seakan menggambarkan perpaduan yang kini dinikmati oleh blok serantau itu. Tahun ini, Singapura memainkan peranan sebagai pengerusi Asean. - Foto fail
Jan 11, 2018 | 5:30 AM
Pentingnya Asean kepada warga Singapura
PIAGAM Asean menetapkan bahawa jawatan pengerusi Asean akan bergilir ganti setiap tahun, berdasarkan susunan abjad bagi nama Inggeris negara anggota.
Singapura adalah pengerusi bagi 2018. Apakah peranan dan tugas pengerusi? Tugas pertama ialah mempengerusikan semua mesyuarat Asean, di setiap peringkat dan di setiap sektor.