Perang dagang AS-China berlarutan
Tarif tambahan dilaksana ke atas satu sama lain lepas rundingan terbaru gagal
May 21, 2019 | 05:30 AM
AMERIKA Syarikat dan China sedang terlibat dalam perang perdagangan yang kian meningkat, dan menjejas dunia kerana dua negara itu ekonomi terbesar di dunia.
Presiden Amerika, Encik Donald Trump, mengadu tentang apa yang digambarkannya sebagai amalan perdagangan tidak adil dan pemindahan teknologi terpaksa China sejak sebelum beliau memegang jawatan pada 2016.