Peri penting pendidikan untuk pesalah, Berita Wacana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana0

PANDANGAN

Peri penting pendidikan untuk pesalah

Oct 10, 2021 | 05:30 AM

PENDIDIKAN adalah penting dalam kehidupan kita.

Ia dapat memberi kita penjelasan tentang perkara yang kita tidak ketahui, membentuk akhlak dan keperibadian kita, memupuk nilai murni dan mengajarkan kita dalam membezakan antara yang baik dengan yang mungkar.

Banyak lagi manfaat yang dapat diperolehi dengan pendidikan.

Dari itu, saya menggalakkan supaya kita meraikan ilmu dan membuat komitmen untuk berusaha menimba ilmu sepanjang hayat.

MEMBERI KATA-KATA MOTIVASI

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Saya sering melawati penjara untuk bertemu bual dengan para pesalah.

Ada di antara mereka sedang melanjutkan pendidikan mereka.

Pada awal bulan lalu, saya telah berpeluang bertemu bual dan memberi kata-kata perangsang kepada para pesalah yang akan menduduki peperiksaan kebangsaan pada tahun ini.

Saya berbesar hati dapat bertemu dengan para pesalah ini kerana mereka telah mengambil langkah pertama yang sukar untuk menyambung pelajaran mereka semasa menjalani hukuman penjara.

Ia juga tidak mudah untuk mereka kembali ke bangku sekolah setelah sekian lama.

Mereka berasal dari pelbagai latar belakang, umur, situasi keluarga dan niat-niat tersendiri dalam melanjutkan pelajaran.

Namun mereka penuh semangat dan berazam untuk mendapat keputusan yang cemerlang dan sekali gus menggunakan kelayakan mereka sebagai batu loncatan untuk mendapat pekerjaan yang baik setelah dibebaskan nanti.

DORONGAN MENIMBA ILMU

Semasa lawatan saya itu, saya telah bertemu Zack (bukan nama sebenar) yang mengongsi bahawa beliau telah memilih melanjutkan pelajarannya di peringkat 'N' untuk membuktikan kepada anak-anaknya bahawa mencari ilmu itu adalah penting dan umurnya yang telah mencapai 40-an tahun bukan satu hambatan dalam melanjutkan pelajarannya dan mendapat keputusan cemerlang.

Seorang lagi pesalah, Ali (bukan nama sebenar), pula mengatakan bahawa beliau telah menghampakan kedua ibu bapanya dengan penglibatannya dalam jenayah dan sering keluar masuk penjara sejak usianya yang muda.

Dengan menimba ilmu dan mencapai kejayaan dalam pelajarannya di peringkat 'A', beliau ingin menebus kesalahan-kesalahan lamanya dan menunjukkan keinginannya untuk berubah dan menjadi insan yang lebih berguna.

Walau apapun dorongan dan niat para pesalah kita untuk mnecari ilmu atau melanjutkan pelajaran mereka, saya yakin mereka akan manfaat daripada ilmu dan kelayakan yang diperolehi.

Ilmu pengetahuan yang diperolehi itu akan membuka banyak pintu peluang untuk mereka menceburi dan berjaya.

Saya doakan agar mereka berjaya dalam usaha-usaha mereka itu.

SOKONGAN BADAN MASYARAKAT

Kami juga bekerjasama dengan badan-badan masyarakat seperti Yayasan Mendaki dan Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) untuk memberi sokongan dan bantuan kepada kanak-kanak dari keluarga pesalah yang kurang berkemampuan.

Sebagai contoh, Mendaki menyediakan kelas tuisyen untuk kanak-kanak ini supaya mereka dapat bimbingan dalam mata pelajaran mereka dan berpeluang berjaya di sekolah. HGEF pula memberi sokongan kewangan untuk kanak-kanak ini supaya mereka dapat membeli perkakas sekolah dan lebih bersemangat dalam memcari ilmu dan berusaha mendapat keputusan yang cemerlang.

Kami amat berterima kasih kepada Yayasan Mendaki, HGEF dan badan masyarakat lain yang telah juga membantu pesalah dan keluarga mereka

TIP BELAJAR DAN MENGULANG KAJI YANG BERKESAN

Saya telah mengongsi bersama para pesalah beberapa tip untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran yang berkesan supaya mereka lebih bersedia untuk menduduki peperiksaan nanti.

Tip-tip ini adalah amalan yang saya dan isteri saya pegang semasa kami di bangku sekolah dahulu dan kini diamalkan pula anak-anak kami kerana keberkesanannya. Kami telah menyusunkan tip ini untuk dikongsikan kepada sesiapa yang akan mengambil peperiksaan atau ingin menyambung pelajaran.

Saya harap ianya berguna untuk setiap penuntut seperti mana ia telah memanfaatkan kami sekeluarga.

1) Lakarkan Rutin Belajar

Lakarkan rutin belajar yang sesuai dengan diri anda dan cara pembelajaran anda. Sebagai contoh, jika anda seorang yang memerlukan gambaran atau visual untuk membantu memahami dengan lebih baik, anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan peta minda.

Ikuti rutin yang telah dilakarkan itu dengan bersungguh-sungguh dan sentiasa konsisten dalam mengamalkannya. Kemahiran dan ilmu boleh diperolehi dalam masa dan dengan usaha yang berterusan.

2) Adakan Rancangan Pembelajaran

Ketahui apa yang harus dipelajari dan rancangkan bagaimana untuk mempelajarinya.

Sentiasa fokus dan jangan takut untuk membuat perubahan kepada rancangan itu.

3) Malu Bertanya Sesat Jalan

Dalam mencari ilmu, kita harus ketepikan perasaan malu untuk bertanya kerana ia tidak mendatangkan faedah.

Bertanya kepada mereka yang lebih bertauliah seperti guru untuk mendapatkan keterangan atau bimbingan.

4) Ingat Dorongan Anda

Catatkan di dalam buku nota atau jurnal mengenai aspirasi dan orang-orang yang menjadi pemagkin semangat untuk anda belajar.

Sentiasa adakan ini dalam ingatan supaya dapat mendorong anda maju kehadapan dan berusaha dengan gigih.

5) Buat Latihan dan Ulang Kaji

Buat latihan yang kerap untuk memahami konsep dan cara menjawab soalan yang sering keluar.

Buat ulang kaji pada pelajaran yang lalu untuk mememperbaikinya dan meningkatkan perestasi anda.

Gunakan latihan untuk menilai kemajuan anda dalam pelajaran itu.

Saya akur perjalanan mencari ilmu itu tidak mudah. Banyak memakan masa dan penuh cabaran.

Namun usaha dan titik peluh kita itu akan menghasilkan kejayaan bukan hanya untuk diri sendiri, namun ia juga dapat memanfaatkan keluarga dan masyarakat umum.

Dengan itu, marilah kita menjadikan perjalanan menimba ilmu ini sebagai usaha sepanjang hayat.

Bak pepatah, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian.

Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian".


  • Penulis Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).

"Semasa lawatan saya itu, saya telah bertemu Zack (bukan nama sebenar) yang mengongsi bahawa beliau telah memilih melanjutkan pelajarannya di peringkat 'N' untuk membuktikan kepada anak-anaknya bahawa mencari ilmu itu adalah penting dan umurnya yang telah mencapai 40-an tahun bukan satu hambatan dalam melanjutkan pelajarannya dan mendapat keputusan cemerlang.
Seorang lagi pesalah, Ali (bukan nama sebenar), pula mengatakan bahawa beliau telah menghampakan kedua ibu bapanya dengan penglibatanya dalam jenayah dan sering keluar masuk penjara sejak usianya yang muda. Dengan menimba ilmu dan mencapai kejayaan dalam pelajarannya di peringkat 'A', beliau ingin menebus kesalahan-kesalahan lamanya dan menunjukkan keinginannya untuk berubah dan menjadi insan yang lebih berguna."

- Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map