BEBERAPA warga Melayu/Islam Singapura yang melancong sempena musim cuti sekolah ini telah melahirkan rasa prihatin tentang keselamatan mereka.
Sebahagian berkata mereka agak bimbang tentang kemungkinan berlakunya jenayah berbaur kebencian semasa berada di luar negara.