MEMORANDUM Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik merangkumi enam agenda utama iaitu pemerkasaan pelan Covid-19; transformasi pentadbiran; pembaharuan Parlimen; kebebasan institusi kehakiman; Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.
Profesor Datuk Dr Nasrudin dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkata pendekatan musyawarah seperti yang dibuat melalui MOU itu, walaupun sifatnya ideal, mempunyai beberapa duri yang jika tidak ditangani dengan berhati-hati berpotensi menyulitkan keadaan.