MEMPERLUAS wadah menggarap penggunaan bahasa Melayu menerusi Podcast, menawarkan promosi langganan istimewa yang membolehkan pembaca menikmati 'sentuhan' akhbar tradisional menerusi Tablet BH, terus menjadi penganjur bersama Anugerah Guru Arif Budiman (Agab), menganjurkan forum dan simposium bahasa, dan program pertandingan menulis cerpen 'Mencari Kristal' adalah antara usaha akhbar ini menyemarakkan penggunaan bahasa Melayu sepanjang 2019.
Sejajar dengan trend mendengar perbincangan di Podcast yang kian popular, Berita Harian melancarkan dua jenis perbincangan Podcast - No Tapis dan Cakap Masjid.