Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Persaingan dalam pasaran terbuka bekalan elektrik dijangka sebabkan gabungan peruncit

Mar 18, 2019 | 05:30 AM



KUASA monopoli Singapura dalam pasaran jualan runcit berkaitan elektrik untuk seisi rumah bakal lenyap sepenuhnya pada Mei ini.



Perkara itu akan membangkitkan penyatuan antara 13 peruncit memandangkan mereka kini bergelut dalam perebutan 1.4 juta akaun.



Sementara itu, pengguna pula turut mendapat manfaat terbesar dalam kehilangan kuasa monopoli ini.



Ini kerana mereka mempunyai lebih banyak pilihan dalam Pasaran Terbuka Untuk Bekalan Elektrik (OEM).



Pengguna kini berpeluang mengurangkan bil tenaga elektrik mereka sehingga 30 peratus.



Selain itu, mereka ditawarkan dengan pelbagai hadiah percuma seperti iPad, polisi insurans dan juga rebat kredit kad.



Mereka juga berpeluang memilih jenis tenaga alternatif seperti tenaga hijau yang mampu memberi keselesaan kepada rumah mereka, mahupun pencuci mulut yang sedap jika mereka gemarkannya.



Walau bagaimanapun, persaingan sengit ini boleh mengundang bahaya kepada mereka yang terlibat dalam industri pasaran runcit.



Risiko bahaya itu tercetus apabila OEM melancarkan jaringannya dengan lebih luas pada 1 Mac lalu yang meliputi zon ketiga (kebanyakannya di bandar Kawasan timur).



Sejak pelancaran pembukaan di Jurong pada April lalu, OEM telah berjaya menakluk seluruh kawasan di Singapura dengan baki satu kawasan sahaja lagi.



Namun, pembukaan secara besar-besarnya akan diadakan pada November.



Penyatuan peruncit ini akan memberi kesan kepada perbelanjaan besar dalam pemasaran dan pengiklanan yang mana kewujudan perang harga.



Perkara ini akan memberi impak negatif kepada margin keuntungan.



"Bagi pasaran yang agak kecil seperti Singapura yang didominasi oleh 13 peruncit, penyatuan ini mungkin tidak dijangkakan," kata Naib Presiden bahagian peruncitan Sembcorp Power, Encik Kwang Han Lim.



Beliau juga menambah bahawa perkara ini juga telah berlaku dalam pasaran liberal yang mempunyai bilangan peruncit lebih tinggi berbanding dengan saiz pasaran.



Kini hanya tinggal dua bulan sebelum Singapura menyelesaikan fasa akhir bagi melaksanakan penyahkawalseliaan industri tenaga.



Setakat ini, Sembcorp telah berjaya mengikat lebih 30,000 akaun kediaman di bawah pasaran mereka.



Jurucakap bagi pihak Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) juga pengawal selia industri memberitahu, "peruncit di OEM bergantung kepada tahap persaingan pasaran".



Persaingan ini mungkin berada pada tahap tertinggi sekarang.



Menurut pandangan Ketua Pegawai Perdagangan iSwitch, Encik Andrew Koscharsky, "persaingan adalah sangat kuat dan kami mengharapkan agar ianya akan kekal begitu untuk tempoh beberapa bulan yang akan datang. Kami percaya bahawa kita akan meraih hasilnya dalam waktu terdekat".



Beliau juga menambah bahawa iSwitch telah berjaya dengan 1,500 pendaftaran baru yang sangat memberansangkan pada hari yang pertama untuk OEM di Zon 3.



Singapura mempunyai 30 peruncit elektrik berlesen, yang mana 13 daripadanya mempunyai kebolehpercayaan untuk memastikan daya maju bagi melindungi kepentingan pengguna.



Mereka juga telah diberi kuasa menjual elektrik kepada isi rumah dan perniagaan kecil di bawah OEM.



Pada Januari lalu, peruncit Red Dot Power yang terlibat dalam pelancaran tidak rasmi OEM di Jurong telah menarik diri sebagai pembekal peruncitan elektrik kerana "cabaran kewangan".



Pakar dalam industri peruncitan ini pula mengandaikan jumlah mereka yang mahu keluar daripada persaingan ini makin berkurang.



Walau bagaimanapun, mereka mengatakan bahawa perebutan kuasa boleh memaksa penyatuan khususnya dalam kalangan peruncit bebas mahupun peruncit yang berdiri sendiri yang tidak disokong oleh syarikat penjana kuasa yang menghasilkan dan menjual elektrik di pasaran borong elektrik mereka sendiri.



"Memandangkan pasaran yang berkembang ini berlumrahkan persaingan dan bersifat agak rumit, kami menjangkakan kewujudan penyatuan dalam kalangan peruncit elektrik, khususnya peruncit yang tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi dari segi penjanaan kuasa,'' kata jurucakap Keppel Electric.



Setakat ini, 50,000 pelanggan daripada isi rumah telah beralih arah ke Keppel Elektrik.



Antara 13 peruncit yang menyertai OEM, enam daripadanya adalah yang mempunyai kepakaran dalam kedua-dua bidang penjanaan dan penjualan elektrik dalam pasaran runcit.



Mereka ialah pemimpin sektor dalam Keppel Electric, Geneco (di bawah milik YTL PowerSeraya, PacificLight Energy, Sembcorp Power, Senoko Power dan Tuas Power).



Baki tujuh lagi adalah peruncit bebas yang tidak menjana tenaga elektrik.



Hanya segelintir yang bersetuju bahawa peruncit bebas adalah tidak bernasib baik.



Menurut Encik Koscharsky daripada iSwitch, memiliki gen kuasa perniagaan boleh menjadi satu kelebihan atau kelemahan bergantung kepada prestasi aset dan keadaan pasaran sedia ada.



"Saya rasa Hyflux adalah contoh terbaik yang menunjukkan betapa sukarnya persekitaran operasi kepada para 'genco' Singapura.



"Ini juga menyebabkan pergelutan berterusan yang berkaitan dengan aset fizikal," ujarnya.



iSwitch menggunakan kontrak kewangan seperti yang tersenarai di Bursa Singapura berkaitan dengan kontrak elektrik masa hadapan untuk melindungi mereka daripada sebarang risiko.



"Ini memastikan membeli apa yang kita perlukan dan tidak melepasi had. Dengan keadaan pasaran semasa, peruncit yang tidak memiliki mana-mana aset penjanaan fizikal akan mampu memberi penjimatan,'' jelasnya.



"Ada beberapa faktor yang menentukan kadar yang dikenakan ke atas pelanggan oleh peruncit. Ini termasuklah keadaan pasaran, kos menghasilkan elektrik dalam jangka masa yang lebih pendek dan persaingan mengikut peringkat," kata Encik Low Boon Tong, Eksekutif Naib Presiden (peruncitan) milik YTL PowerSeraya, yang mana sayap peruncitannya ialah Geneco.



Keupayaan melindungi harga minyak mentah dunia adalah salah satu daripada faktor tersebut.



"Bagaimanapun, kemeruapan harga minyak mentah dunia akan memperhebatkannya pasaran elektrik. Ini juga akan menyumbang kepada peningkatan kepada variasi produk kerana pembekal akan cuba mendapatkan cara baru untuk menonjolkan diri mereka kepada pengguna," kata Encik Low.



Kini, peruntukan pasaran dari segi perkhidmatan utiliti dan syarikat milik negara iaitu SP Group akan semakin berkurangan.



Ketegangan kian meningkat sejak Singapura membebaskan pasaran elektriknya secara beransur-ansur sejak tahun 2001.



Pengusaha lain (selain daripada SP) juga mula menjual elektrik kepada perniagaan besar yang memerlukan penggunaan tenaga berskala besar atau lebih daripada 70 peratus daripada bekalan tenaga elektrik yang dibekalkan oleh negara.



Menurut laporan oleh Energy Market Company (Syarikat Pasaran Tenaga) iaitu pengendali pasaran borong di Singapura, buat pertama kalinya, pasaran saham SP untuk peruncitan elektrik menurun daripada 30 peratus kepada 28 peratus pada 2017.



Berdasarkan satu kaji selidik, EMA menyatakan bahawa, satu daripada dua pengguna bersifat terbuka terhadap penukaran daripada SP kepada pembekal elektrik tradisional yang masih kekal menjadi operator grid kuasa negara dan akan terus berusaha untuk menyediakan pasaran perkhidmatan sokongan seperti bil dan bacaan meter.



Kadar penukaran Singapura sehingga akhir Januari 2019 adalah antara 18 hingga 40 peratus-lebih tinggi daripada negara lain seperti Australia dan Jepun.



Adakah ini akan bertambah baik kepada pengguna dan adakah musim mengutip ceri di pasaran Singapura akan berkurangan dalam waktu terdekat? Mungkin ya dan mungkin juga tidak.



Encik Koscharsky berkata, "sesetengah syarikat telah memperlahankan perbelanjaan pemasaran mereka dan sedang bergelut untuk bersaing dengan rebat dan faedah yang ditawarkan oleh pesaing mereka.



iSwitch yang mempunyai hampir 40,000 pelanggan dari kediaman yang mendaftar setakat ini, juga tidak berada dalam keadaan selesa kerana mereka masih mengadakan 15 jelajah pada setiap hari pada Mac.



"Ini merupakan satu rekod bagi kami,' katanya.



Encik Low dari YTL milik PowerSeraya menambah:



"Akhirnya, apabila pelanggan boleh membuat perbandingan tentang harga yang terbaik, mereka akan terus kekal bersama pembekal yang memberikan perkhidmatan pelanggan terbaik serta tawaran produk yang lebih inovatif.



"Tidak dinafikan bahawa kemeruapan harga akan bertambah hebat, dan pasaran akan lebih banyak variasi produk kerana pembekal cuba mendapatkan cara-cara terbaru bagi membezakan diri mereka dengan pesaing,'' ujar Encik Low Boon Tong, Eksekutif Naib Presiden (peruncitan) milik YTL PowerSeraya.



  • Rencana ini disiarkan di akhbar The Business Times pada 4 Mac lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >