Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:40
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Wacana3

Pilihan minggu ini

Dalam seminggu pelbagai kisah dan berita yang dimuatkan akhbar ini. Dalam ruangan ini, panel wartawan BH/BM memilih beberapa berita yang meninggalkan kesan kepada mereka.
Oct 11, 2020 | 05:30 AM

Peluang pekerjaan, latihan masih terbuka bagi pekerja

DALAM tempoh suram ekoran berlakunya wabak Covid-19, masih terdapat peluang cerah dari segi pekerjaan dan latihan.

Dalam satu laporan terbaru Kementerian Tenaga Manusia (MOM), ia menyatakan seramai 33,100 pencari pekerjaan tempatan telah berjaya mendapat pekerjaan dan ruang latihan melalui beberapa inisiatif pemerintah.

Inisiatif itu sebahagian daripada Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited bernilai $2 bilion yang diumumkan Mei lalu, dan bertujuan mewujudkan 100,000 peluang pekerjaan dan latihan kemahiran.

Dari hujung Julai hingga hujung Ogos, 25,500 peluang telah diwujudkan, menurut laporan itu.

Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, berkata perkara ini satu kemajuan baik dalam memadankan penduduk setempat dengan peluang pekerjaan dan latihan yang ada.

Seyogia, pemerintah telah berusaha mewujudkan peluang pekerjaan dan latihan ini serta membelanjakan dana agak besar untuk menjayakan program ini.

Justeru, warga juga wajar melakukan peranan mereka, khususnya mereka yang terjejas mata pencarian ekoran pandemik Covid-19, dengan mengejar peluang pekerjaan dan latihan yang disediakan.

Walau ekonomi sekarang suram, masih ada peluang besar khususnya dalam lima sektor yang masih memerlukan tenaga kerja.

Ini termasuk sektor perhubungan dan maklumat; jagaan kesihatan, khidmat profesional; kewangan dan insurans; dan perkilangan.


Terus berwaspada demi elak risiko penularan Covid-19

SABAN hari kita dimaklumkan mengenai kes lebih ramai individu didenda $300 kerana melanggar peraturan Covid-19 di tempat makanan dan minuman (F&B).

Sebilangan tempat F&B juga didenda dan diarah tutup perniagaan.

Antara kesalahan yang dilakukan termasuk pelanggan didapati tidak memakai pelitup setelah menjamu selera; bergaul dengan pelanggan di meja lain; dan duduk dalam kumpulan melebihi lima orang.

Selain itu, terdapat juga kesalahan seperti menjual alkohol selepas 10.30 malam, tidak mengamalkan jarak selamat dan penyedia makanan tidak memakai pelitup.

Pemerintah telah lama dan berulang kali memberi amaran bahawa kesalahan ini adalah serius dan tidak membantu usaha dalam membendung penularan Covid-19 di sini.

Ia juga berikrar meningkatkan langkah penguatkuasaan di tempat F&B serata negara demi "memastikan tempat itu selamat kepada semua" dan mengingatkan pelanggan agar mengamalkan sikap bertanggungjawab.

Satu sebab utama kenapa pelanggan melanggar peraturan itu adalah mereka memandang ringan Covid-19 sedang kes tempatan kekal rendah.

Pengendali F&B juga ada kalanya mempunyai masalah meminta pelanggan mematuhi peraturan Covid-19.

Hakikatnya, koronavirus ini amat mudah berjangkit, dan jika kita meremehkannya, terdapat risiko penularan baru boleh berlaku dengan kes baru lebih tinggi.

Amalan keselamatan kesihatan mesti perlu dipatuhi agar tidak memberi peluang kepada virus itu untuk menular kepada lebih ramai penduduk di sini.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map