Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

BAHASA & BUDAYA

Podcast 'Jom, Sembang Buku' kongsi ilmu penulisan secara santai

Oct 26, 2020 | 05:30 AM



SEJAJAR dengan senario pandemik pada hari ini, seorang penulis berjiwa besar, Cik Nur Khairiah Mohd Amin, bersedia mengadaptasikan segala cabaran dalam dunia seni kreatif tanah air.



Seiring dengan norma baru, sebuah program berbentuk audio siar yang dikenali sebagai 'Jom, Sembang Buku!' berjaya dihasilkan di bawah studio kreatif miliknya sendiri iaitu Widz Studio.



Program ini dijadikan sebagai satu wadah perkongsian alternatif secara audio untuk para peminat dan penggiat dunia buku, penulisan dan penerbitan serta mereka yang baru meneroka bidang ini, khususnya di Singapura mahupun luar negara.



Bakal bersiaran sebanyak hampir 20 episod, podcast 'Jom, Sembang Buku' baru sahaja dilancarkan pada awal bulan Ogos tahun ini.



Podcast menarik ini juga melibatkan personaliti-personaliti jemputan tempatan dan luar negara untuk berkongsi kepakaran atau pengalaman mereka dalam topik-topik berkaitan dunia buku, penulisan dan penerbitan.



Antara personaliti jemputan yang telah menjayakan podcast ini ialah penulis buku kanak-kanak tempatan, Cik Nur'afifah Hussain; pengasas Legasi Oakheart, Encik Hafiz Latiff dan Encik Aman Wan (Youtuber Malaysia).



Pemegang ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (IIUM-Pergas) ini turut menjelaskan:



"Berdasarkan perancangan saya, podcast tersebut akan bersiaran seminggu sekali pada setiap hari Jumaat.



"Jika semuanya berjalan lancar dan perkongsian dilihat bermanfaat untuk para pendengar secara berterusan, insya-Allah, akan ada lebih kurang 20 episod podcast hingga akhir tahun ini."



Menurut pengkarya bebas dalam seni kreatif ini lagi, beliau mengambil peluang untuk membuat perkongsian bersama rakan-rakan melalui aplikasi digital kerana keterbatasan yang berlaku.



Beliau berkata:



"Pada asalnya, 'Jom, Sembang Buku!' diwujudkan dalam bentuk video untuk kandungan booktube atau vlog di saluran YouTube saya beberapa tahun lalu.



"Namun demikian, saya mengalami kesukaran untuk menghasilkan vlog secara konsisten. Oleh itu, saya mencari platform yang boleh membantu dan memudahkan saya mencapai tujuan tersebut.



"Pada tahun ini pula, penggunaan aplikasi digital menjadi norma baharu untuk masyarakat dalam menghadapi cabaran Covid-19.



"Jadi, sewaktu ramai orang terpaksa duduk di rumah, saya mengambil peluang ini untuk menemu ramah rakan-rakan dalam industri untuk berkongsi ilmu kepakaran mereka dan memanfaatkan aplikasi digital yang ada dalam bentuk podcast.



"Alhamdulillah, idea untuk mengembangkan jenama 'Jom, Sembang Buku!' ini menjadi realiti.



"Orang ramai juga dapat mendengar podcast ini di mana-mana sahaja."



Rangkaian digital ini turut memberi ruang kepada Cik Nur Khairiah untuk membuat perkongsian peribadinya berkenaan dunia seni penulisan.`



"Pertama sekali, ia sangat istimewa kerana audio siar ini dikendalikan dalam bahasa Melayu. Selain perkongsian daripada individu-individu jemputan, akan ada juga segmen solo saya seperti 'Dari Rak Buku Saya' iaitu sebuah perkongsian koleksi buku di rumah saya sendiri."



"Ada juga tip-tip dari pengalaman saya sebagai penulis dan pelukis buku kanak-kanak serta novel remaja untuk mereka yang ingin menceburi penulisan fiksyen untuk peringkat usia kanak-kanak hingga remaja.



"Saya berharap program ini dapat memberi pencerahan kepada orang ramai akan trend-trend yang berkaitan dengan buku, industri penerbitan dan penulisan di Singapura mahupun luar negara dalam suasana yang santai tetapi berisi.



"Sekali gus, ia akan menambah pilihan pendengar yang menginginkan kandungan media digital berbahasa Melayu kerana saya ingin melihat bahasa ibunda kita turut berkembang mengikuti arus digital terkini seperti podcast.



"Di samping itu, saya berharap agar program ini dapat memberikan platform tambahan buat penggiat kreatif dalam industri yang kurang terdedah kepada media arus perdana (aliran media umum).



"Melalui audio siar ini, mereka mempunyai peluang untuk berkongsi tentang apa yang telah mereka lakukan dan didengari oleh masyarakat Melayu kita di seluruh dunia," ujar Cik Khairiah.




HARAPAN PADA PROGRAM



Saya berharap program ini dapat memberi pencerahan kepada orang ramai akan trend-trend yang berkaitan dengan buku, industri penerbitan dan penulisan di Singapura mahupun luar negara dalam suasana yang santai tetapi berisi.



Sekali gus, ia akan menambah pilihan pendengar yang menginginkan kandungan media digital berbahasa Melayu kerana saya ingin melihat bahasa ibunda kita turut berkembang mengikuti arus digital terkini seperti podcast.



Di samping itu, saya berharap agar program ini dapat memberikan platform tambahan buat penggiat kreatif dalam industri yang kurang terdedah kepada media arus perdana (aliran media umum)."
- Cik Nur Khairiah Mohd Amin, yang menghasilkan podcast 'Jom, Sembang Buku!'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >