Program Pergas latih asatizah muda jadi pemimpin, sumbang kepada masyarakat
Feb 22, 2019 | 05:30 AM
DENGAN latihan amali yang disediakan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Mohammad Rasul Elias, 18 tahun, dapat meraih pengalaman menjadi imam solat tarawih Ramadan lalu.
Beliau menjadi imam solat khas bulan puasa itu di Masjid Sallim Mattar, Mattar Road, di MacPherson.