MENJELANG AIDILFITRI: Syarikat 'raikan' semangat Ramadan
Pupuk empati, inklusiviti dalam syarikat
BULAN Ramadan sememangnya bulan penuh bermakna bagi umat Islam sedunia. Namun, bagi beberapa syarikat korporat dan kumpulan masyarakat di sini, mereka turut mengambil inisiatif supaya golongan bukan Islam dapat sama-sama menyambut Ramadan agar dapat lebih mengenali dan memahami keistimewaan bulan suci ini buat umat Islam. Berikut laporan ERVINA MOHD JAMIL (ervinamj@sph.com.sg) dan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg).
DALAM kesibukan mengendalikan 1,001 macam tugas dalam syarikat sehari-hari, beberapa pertubuhan korporat di Singapura tetap memperuntukkan masa dalam memenuhi keperluan kakitangan beragama Islam.