Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PANDANGAN

Pupuk nilai murni budaya Melayu di peringkat prasekolah

Sep 21, 2020 | 05:30 AM



Bunga telur cantik sekali

Pengantin baharu kita raikan

Bahasa dan budaya indah sekali

Daulatkan selalu jangan abaikan



Budaya dan seni sesebuah masyarakat mempunyai identiti unik tersendiri dan harus dikekalkan oleh setiap lapisan masyarakat tersebut.



Dalam arus kemodenan ini, warisan seni kebudayaan masyarakat Melayu dan pemupukan sifat nilai-nilai murni dan budi semakin hilang ditelan zaman. Ini mungkin akan mempengaruhi jati diri dan identiti generasi muda dan generasi yang akan datang.



Dari itu, pembangunan kesedaran tentang budaya dan pemupukan nilai-nilai murni bagi generasi muda adalah sangat penting.



Para guru bahasa Melayu prasekolah adalah di antara salah satu suri teladan yang dapat memupuk kesedaran tentang warisan seni kebudayaan yang penuh dengan nilai-nilai murni kepada pelajar.



Walaupun secara dasarnya, inti pembelajaran program Bahasa Melayu prasekolah adalah tentang kosa kata, pertuturan, pembacaan dan penulisan, guru-guru Melayu dapat memberi kesedaran tentang budaya dan nilai masyarakat Melayu melalui tingkah laku positif, pemakaian dan lisan mereka.



Guru bahasa Melayu prasekolah juga akan menerapkan kepentingan nilai-nilai murni, secara langsung atau tidak, semasa pembelajaran.



Justeru itu menyediakan kurikulum bahasa Melayu yang komprehensif dalam membentuk dan menyemai nilai-nilai murni dan budaya Melayu untuk pelajar prasekolah adalah penting.



Pusat prasekolah Kidz Meadow telah membentuk satu program tambah nilai khas untuk kegiatan seni dan budaya Melayu yang dinamakan Warisan Budaya.



Pembelajaran dan pendidikan dari program ini telah mendedahkan pelajar kepada kepelbagaian aspek nilai-nilai murni dan budi secara mendalam.



Sebagai contoh, semasa perbincangan mengenai adat Melayu, pelajar diterapkan dengan sikap menyayangi ibu bapa dan menghargai jasa mereka dengan bermain peran cara-cara untuk memberi salam dan mengamalkan kesopanan dengan orang tua seperti menunduk bila berjalan di hadapan mereka.



Selain dari main peran menghormati orang tua, sikap berbudi bahasa seperti mengucapkan "terima kasih" dan meminta izin dengan hormat juga diterapkan.



Salah satu dari tema program Warisan Budaya ialah 'Permainan Tradisional' di mana murid diajar sifat berdikari, hormat menghormati, keberanian, ketabahan serta semangat kemasyarakatan sambil dapat bermain dengan alat permainan yang autentik.



Tema 'Perkahwinan Melayu' pula menekankan aspek adat istiadat kerjasama dan gotong-royong. Media digital seperti tayangan video juga digunakan untuk menarik perhatian mereka untuk memberi gambaran asli tentang budaya Melayu.



Tema-tema begini dipilih kerana ianya amat bermakna dan bertujuan untuk menjana minda, memperkukuhkan jati diri serta menyuburkan budaya bangsa.



Kesukaran untuk memastikan kesinambungan pembelajaran budaya dari sekolah ke rumah adalah antara satu cabaran yang dilalui semasa melaksanakan program ini.



Kebanyakan ibu bapa mungkin tidak mempunyai masa dan idea untuk memperkenalkan budaya serta nilai-nilai murni yang telah diajar di sekolah.



Untuk mengatasi cabaran ini, guru bahasa Melayu akan mencadangkan kegiatan aktiviti budaya mudah yang boleh dilakukan oleh keluarga di rumah.



Antara contoh aktiviti adalah bagaimana mempamerkan contoh tauladan yang baik seperti menghormati jiran tetangga, bermain permainan tradisional bersama, menziarahi ahli keluarga, atau mendengar cerita menarik dari datuk atau nenek mereka.



Dengan cara ini, ia mewujudkan sikap prihatin dan sikap ambil berat terhadap kebajikan jiran tetangga dan keluarga di samping mengeratkan lagi kemesraan di antara mereka semua.



Seni budaya dan warisan Melayu boleh dimartabatkan bersama oleh guru-guru dan ibu bapa untuk bersama-sama mendidik, memupuk dan menanam nilai murni dan budi dari peringkat prasekolah lagi. Bak kata pepatah, "melentur buluh, biarlah dari rebungnya".



  • Penulis Pengurus, Jaminan Kualiti dan Pembangunan Produk untuk Pendidikan Awal Kanak Kanak di Pusat Prasekolah Kidz Meadow.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >