Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Ramadan mendidik sifat sabar

May 16, 2019 | 05:30 AM



Puasa mendidik seseorang untuk belajar sabar, sabar menahan nafsu, sabar menahan lidah ketika marah.



Misalnya, sabar ketika membeli makanan untuk berbuka puasa dan sabar bersama jemaah di masjid ketika terawih.



Mendidik sifat sabar dalam diri merupakan tema Hikmah Ramadan yang disampaikan oleh naib kadi dan mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah, Ustaz Sallim Jasman menerusi stesen radio setempat baru-barui ini.



Memulakan program dengan kata-kata syukur, Ustaz Sallim berkata:



"Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan berada dalam bulan Ramadan.



"Bulan yang penuh dengan keberkahan dan yang mempunyai keupayaan untuk mentarbiah manusia dengan sifat-sifat keihsanan yang murni dan ihsan,''



Ustaz Sallim menukil ayat Al-Quran yang menwajibkan umat Islam berpuasa iaitu dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:



"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas umat sebelum kamu. Semoga kamu bertaqwa."



Beliau menjelaskan bahawa perkataan takwa bermaksud merangkumi semua perintah Allah sama ada yang berbentuk suruhan ataupun larangan.



Suruhan Allah tidak tertentu hanya pada ibadah khususnya seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain sahaja.



Malah ia juga meliputi bidang-bidang sosial, politik, ekonomi dan lain-lain.



DISIPLIN DIRI



"Berpandukan pada ayat tadi, dapatlah kita buat kesimpulan bahawa ibadah puasa ini berupaya mentarbiah orang yang berpuasa agar menjadi insan yang mulia, beradab, berdisiplin, rendah diri dan bersabar.



"Dalam kesempatan yang singkat ini, marilah kita membahaskan satu sifat yang baik bagi orang berpuasa iaitu sifat sabar,'' ujar Ustaz Sallim.



Sifat sabar menurut Ustaz Sallim adalah sifat yang datang dari dalaman iaitu hati.



Sifat sabar ini perlu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat agar kehidupan akan berada dalam suasana aman damai.



"Bila ada sifat sabar pada diri, maka manusia tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan yang merugikan atau yang membawa pada pergaduhan,' jelanya.



Beliau memberikn contoh, kehidupan dalam rumah tangga banyak cabarannya kerana ia melibatkan banyak perkongsian dan hidup suami isteri berlainan watak dan pendidikan.



MENGAWAL EMOSI



"Perselisihan tidak dapat dielakkan sama sekali, tetapi boleh diselesaikan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang, meskipun sabar ini adalah satu sifat yang mulia di sisi Allah tetapi terdapat sebilangan orang yang tidak sabar kerana terpengaruh dengan hawa nafsunya.



"Kurang sabar datangnya daripada perasaan kurang ihsan pada dirinya kerana sifat panas baran dan marah-marah telah menjadi budaya hidupnya.



"Kita perlu bijak mengawal emosi kita ketika dalam keadaan marah.



"Marah yang tidak terkawal boleh membinasakan diri sendiri dan mengguris hati orang lain.



"Kita perlu ingat syaitan sangat suka melihat umat manusia apabila api kemarahan menguasai diri seseorang,'' terang Ustaz Sallim.



Oleh itu, menurut Ustaz Sallim dalam menangani hal ini, seelok-eloknya sebagai umat Islam, terus menerus mengharap pertolongan Allah untuk menjadi orang yang sabar.



Dalam waktu yang sama, sentiasa lah mencari peringatan dan nasihat-nasihat ugama dari para asatizah.



Ini agar jiwa kita sentiasa segar dan disuburkan dengan ayat-ayat Allah.



KAWAL MARAH



Di samping puasa boleh mentarbiahkan diri kita menjadi orang yang sabar, wudhu juga dianggap sebagai suatu terapi untuk mengurangkan perasaan marah, ujar Ustaz Sallim.



Dengan berwudhu, ia mampu membantu emosi kita yang sedang tidak segar menjadi segar kembali.



Sabda Rasullullah saw yang bermaksud:



"Kemarahan itu datang daripada syaitan dan syaitan tercipta daripada api-api dipadam dengan air.



"Kalau kalian marah, berwudhu lah," menurut hadis riwayat Abu Daud r.a.



Menurut Ustaz Sallim, ada kalanya emosi marah itu boleh mendatangkan manfaat kepada manusia jika digunakan untuk kebenaran dan keadilan tetapi emosi marah yang tidak dapat dikawal adalah dilarang dalam Islam kerana ia boleh bawa kemudaratan dan menjejas orang lain.



Justeru, umat Islam disarankan agar mendidik diri kita dengan ilmu dengan sentiasa merendah diri dan mensyukuri segala ujian dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah.



Di saat kita diuji dengan kesusahan, ingatlah Allah maha mendengar dan dia akan menggantikan sesuatu dengan lebih baik lagi berkat kesabaran kita, kata Ustaz Sallim.



Beliau mengajak umat Islm merenung dan kita hayati firman Allah dalam surah An-Naal ayat 97 yang maksudnya:



"Sesungguhnya orang yang sabar, kami cukupkan pahala mereka tanpa hisab."




"Perselisihan tidak dapat dielakkan sama sekali, tetapi boleh diselesaikan dengan penuh kesabaran dan kasih sayang, meskipun sabar ini adalah satu sifat yang mulia di sisi Allah tetapi terdapat sebilangan orang yang tidak sabar kerana terpengaruh dengan hawa nafsunya. Kurang sabar datangnya daripada perasaan kurang ihsan pada dirinya kerana sifat panas baran dan marah-marah telah menjadi budaya hidupnya."
- Ustaz Sallim Jasman




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >