SAYA masih ingat dengan jelas pada 1977 ketika saya memulakan darjah satu di Sekolah Rendah Balestier Hill (BHPS).
Pada masa itu, kami tinggal di rumah sewa Blok 67, Toa Payoh Lorong 5. Sewanya $40 sebulan. Saya rasa rumah kami hampir sama dengan saiz studio pangsapuri 'kotak kasut' sekarang. Tidak ada bilik tetapi kami mempunyai dapur dan tandas yang ketika itu saya anggap mewah - mandi buih dengan syampu Vosene ibu. Kini, saya perasan anak saya juga suka melakukannya ketika dia masih kecil!