Restoran sajian Peranakan tidak sukar dapat sijil halal Muis
Apr 07, 2019 | 05:30 AM
MENYEDARI keprihatinan masyarakat Melayu/Islam tentang produk makanan halal yang palsu, Encik Jordan Lim Yue Huang tidak menangguhkan usahanya mendapatkan produk makanan yang dijamin halal.
Ini bukan sahaja dapat mengurangkan tahap kebimbangan pengguna Muslim di Singapura malah dengan mendapatkan sijil dan logo halal mampu memberi keyakinan kepada pelanggan khususnya yang beragama Islam.