Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Lidah Pengarang

Saham Kesihatan bekalan penting untuk masa depan

May 22, 2022 | 09:24 AM



KESIHATAN itu harta yang tidak ternilai atau istilah Inggerisnya, health is wealth.



Justeru, peringatan baru-baru ini untuk masyarakat Melayu mengambil langkah tegas dalam mengawal tahap kesihatan kita adalah perlu, biarpun peringatan itu dibuat di tengah-tengah kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri.



Ia mungkin menghambarkan semangat berlebaran, tetapi lebih baik sedar sekarang daripada terlambat.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menyifatkan trend kesihatan masyarakat Melayu/Islam sebagai sebuah krisis.



Menurut beliau, perangkaan daripada Tinjauan Nasional Kesihatan Penduduk "semakin membimbangkan".



Antaranya, masyarakat kita menyaksikan kes kencing manis meningkat kepada sekitar 14 peratus pada 2020.



Beliau membandingkan perangkaan tersebut dengan kadar sewaktu beliau menjadi Anggota Parlimen pada 2006. Ketika itu, kadar kes kencing manis dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam adalah sekitar 7 peratus.



Ini adalah peningkatan seganda dalam tempoh kurang 15 tahun.



Peningkatan dalam penyakit kencing manis ini menimbulkan keprihatinan kerana menurut pakar, ia berpotensi menyebabkan atau memburukkan lagi keadaan sakit kronik seperti penyakit buah pinggang, darah tinggi dan lain-lain lagi.



Bagi menyokong masyarakat dalam lebih bertanggungjawab dalam isu kesihatan, Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan), Cik Rahayu Mahzam akan menerajui usaha Program Saham Kesihatan untuk mengurangkan gejala penyakit kronik.



Berbeza dengan program di peringkat nasional, Program Saham Kesihatan itu akan dilaksanakan dengan pendekatan yang sesuai untuk masyarakat Melayu/Islam.



Sehubungan dengan itu, satu kumpulan kerja juga sudah dibentuk dan dianggotai bersama pemimpin-pemimpin masyarakat.



Diharapkan kumpulan kerja itu dapat meneroka cara baru - dengan memanfaatkan tabiat dan trend baru berkaitan gaya hidup sihat yang timbul sepanjang pandemik ini.



Di samping aspek pemakanan, kegiatan jasmani, pemeriksaan kesihatan dan tabiat merokok, semestinya seperkara yang timbul dengan begitu menyerlah sepanjang pandemik ini iaitu kesihatan mental juga harus diberi kesihatan.



Tugas utama kumpulan itu ialah untuk meneliti cara dan merintis usaha menangani salah tanggap masyarakat terhadap masalah kesihatan mental yang masih dikaitkan dengan kelemahan amalan keagamaan atau lebih buruk lagi, dikaitkan dengan anasir sihir.



Bagaimanapun, untuk benar-benar meninggalkan kesan dan menangani trend membimbangkan itu, pemimpin dalam masyarakat, pemimpin dalam kumpulan tidak formal dan pemimpin dalam keluarga perlu menjadi teladan dan mengambil langkah utama dalam membuang tabiat buruk yang membinasakan dan menggantikannya dengan amalan baru yang menguntungkan.



Sudah tiba masanya kita mengambil langkah tegas untuk mencari penyelesaian tuntas dalam isu kesihatan masyarakat Melayu, yang telah begitu lama membelenggu.




" Bagaimanapun, untuk benar-benar meninggalkan kesan dan menangani trend membimbangkan itu, pemimpin dalam masyarakat, pemimpin dalam kumpulan tidak formal dan pemimpin dalam keluarga perlu menjadi teladan dan mengambil langkah utama dalam membuang tabiat buruk yang membinasakan dan menggantikannya dengan amalan baru yang menguntungkan. Sudah tiba masanya kita mengambil langkah tegas untuk mencari penyelesaian tuntas dalam isu kesihatan masyarakat Melayu, yang telah begitu lama membelenggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >