Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Wacana0

BHALAL: RUANG INFO HALAL

Sajian halal KOREA kini di mana-mana

Mar 15, 2020 | 05:30 AM

DARIPADA makanan tradisional Korea seperti bibimbap dan bulgogi, kepada hidangan lebih moden seperti sandwic ala Korea.

Masyarakat Islam di sini boleh mendapatkan hidangan seperti ini dengan lebih mudah sekarang.

Ini kerana terdapat semakin banyak restoran halal yang menyediakan juadah demikian hari ini.

Ini antara lain didorong selera masyarakat Islam setempat yang lebih rencam.

Antara restoran itu termasuk Hanok by Masizzim di pusat beli-belah Westgate.

Restoran oleh syarikat K Food Holdings Pte Ltd itu baru mendapat sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Januari lalu dan merupakan versi halal bagi restoran Masizzim di Singapura.

Restoran Masizzim merupakan jenama restoran popular di Korea Selatan yang telah membuka cawangan di Singapura.

Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam K Food Holdings Pte Ltd, Cik Rachel Xie, berkata keistimewaan sajian Hanok by Masizzim ialah galbi-jjim, iaitu hidangan aneka jenis stu daging yang dimasak lama dan jarang disajikan di restoran Korea lain di Singapura.

"Kami bangga dapat menyajikan hidangan tradisional asli Korea Selatan kepada pelanggan Muslim kami," kata Cik Xie.

Katanya lagi, masyarakat Islam setempat kian berminat menjamu selera hidangan antarabangsa, tetapi jumlah restoran sedemikian masih tidak banyak di Singapura.

Lantaran itu, syarikatnya mengambil peluang untuk mewujudkan versi halal restoran Masizzim dan sejak Hanok berjaya mendapatkan sijil halal, ia telah menikmati sambutan yang sangat menggalakkan.

"Cef asal Korea kami telah membuat kajian meluas untuk mencipta kuah stu tulang rusuk daging lembu halal yang mempunyai rasa yang sama seperti yang dihidangkan di restoran Masizzim di Singapura.

"Resipi ini sebenarnya berasal dari Masizzim di Korea Selatan," kata Cik Xie.

Dengan tertubuhnya restoran Hanok by Masizzim, Cik Xie berkata syarikatnya berharap agar mereka bukan sahaja dapat menarik pelanggan Islam sementara mengekalkan rasa yang sama bagi semua hidangan seperti yang telah dinikmati pelanggan bukan Islam di restoran Masizzim.

Syarikatnya juga ingin mengembangkan juadah di dalam menu supaya mereka boleh menyajikan lebih banyak hidangan popular Korea buat pelanggan Hanok by Masizzim.

Satu lagi tempat makan yang menyediakan hidangan Korea ialah Egg Stop.

Egg Stop menawarkan sandwic ala Korea dengan pengaruh gaya sarapan Amerika Syarikat, yang dijual menerusi kios.

Menurut pengasas dan pemilik Egg Stop, Encik Ahmad Adam, Egg Stop ditubuhkan pada Ogos 2018.

Beliau juga memiliki jenama francais LE Castella, iaitu francais kek span dari Taiwan dan Truedan yang menjual bubble tea gula perang dari Taiwan.

Egg Stop mempunyai tiga cawangan - di Paya Lebar Square, Citylink Mall dan Jurong Point.

"Idea untuk menubuhkan Egg Stop timbul apabila kami perhatikan bahawa tidak ada kedai yang menjual hidangan sarapan sepanjang hari yang boleh dibungkus.

"Jadi, kami mendapat idea untuk menjual sandwic sihat yang biasanya dimakan buat sarapan sepanjang hari pada harga berpatutan," kata Encik Ahmad.

Bagi memelihara kesegaran bahan sandwic, semua roti yang disediakan khusus untuk Egg Stop dihantar selepas ia dibakar.

Semua sandwic dibuat menurut pesanan pelanggan. Ini bermakna apabila pelanggan membuat pesanan untuk sejenis sandwic, rotinya akan dibakar dan telurnya digoreng tatkala itu.

"Sandwic daging lembu cili keju Egg Stop merupakan antara sandwic paling popular kami, diikuti dengan sandwic ham ayam dan keju serta sandwic bakon ayam belanda dan keju," kata Encik Ahmad.

Sekiranya anda kesuntukan masa untuk menjamu selera makanan Korea di sebuah restoran, anda mungkin boleh mencuba hidangan bibimbap yang sihat dan cepat disediakan dari Dosirak.

Dosirak yang terletak di 313@Somerset, Suntec City dan OUE DOwntown Gallery menawarkan konsep bibimbap moden.

Bibimbap adalah sejenis hidangan nasi yang dimakan bersama daging atau protein lain, sayur, gochujang iaitu pes lada merah, dan kadangkala dengan telur goreng atau mentah.

Di Dosirak, hidangan bibimpap bersama bahan- bahannya dihidangkan di dalam sebuah kotak yang mempunyai penutup.

Pelanggan boleh memilih bahan-bahan bibimbap, kimchi dan sos pilihan mereka lalu mencampur semua bahan dengan menggoncang kotak dengan penutup itu.

Sekotak bibimpap disertakan nasi putih tetapi pelanggan juga boleh memilih nasi perang, mi soba, lima bijian nasi, tauhu, kubis atau nasi bunga kubis putih.

Kemudian, padankan ia dengan bahan protein, antaranya seperti daging lembu bulgogi, ayam pedas, ikan salmon atau tofu kimchi serta sos pilihan - gochujang omma, gochujang cuka epal atau kicap bawang putih jang.

Bahan tambahan lain turut disediakan.

Campurkan semua bahan bersama nasi dan anda boleh menikmati hidangan bibimbap yang sihat dan ringkas disediakan itu.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian