MUSIM HAJI
Saudi guna teknologi demi pastikan kelancaran proses haji
Aug 23, 2019 | 05:30 AM
JEDDAH: Di puncak Gunung Arafat pada Hari Wuquf baru-baru ini, ramai jemaah haji khusyuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran bukan daripada kitab tradisional tetapi telefon pintar.
"Sudah tentu saya baca Al-Quran melalui telefon saya... lebih mudah," kata seorang jemaah dari Mesir, Ahmad Salim, seorang guru berusia 46 tahun.