Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Apa yang anda perlu tahu tentang wakaf

Sejarah wakaf di Singapura

Sep 13, 2020 | 05:30 AM



APAKAH ITU WAKAF?



WAKAF adalah sedekah jariah (amalan yang berterusan pahalanya) atau endowmen kebajikan yang diberi secara sukarela dalam bentuk hadiah yang berkekalan, semata-mata untuk Allah swt.



Wakaf boleh dilakukan dalam bentuk wang tunai, hartanah atau lain-lain aset bagi tujuan- tujuan yang dinyatakan oleh pemberi (wakif).



Modal wakaf tidak boleh diagihkan. Hanya pendapatan yang diraih daripada modalnya boleh diagihkan mengikut hasrat wakif.



APA BEZANYA WAKAF DENGAN DERMA, INFAK ATAU ZAKAT?



Bagi derma, infak atau zakat, sumbangan yang diberi akan digunakan secara keseluruhan bagi tujuan yang ditetapkan, seperti pembinaan masjid atau membantu golongan memerlukan.



Misalnya, kesemua wang zakat yang disumbang pada sesuatu tahun akan diagihkan kepada asnafasnaf zakat.



Berbeza dengan wakaf, sumbangan wakaf (modal) tidak boleh diagihkan.



Hanya pendapatan atau hasil pulangan yang dijana daripada modal tersebut menerusi sebarang pelaburan yang boleh diagihkan kepada penerima mengikut hasrat wakif.



BAGAIMANA WAKAF DAPAT MEMANFAATKAN MASYARAKAT ISLAM?



Melalui amalan sedekah, wakaf telah memberi manfaat kepada masyarakat dari segi sosio-agama, bidang pendidikan dan ekonomi, antaranya:



  • Pembangunan semula hartanah Wakaf, penyelenggaraan dan peningkatan masjid, madrasah, peruntukan untuk tanah perkuburan dan sumbangan kepada golongan yang memerlukan;

  • Pembiayaan program-program keagamaan masyarakat Islam; dan

  • Peruntukan untuk peningkatan taraf pendidikan, kesihatan dan khidmat sosial.

  • Wakaf pertama yang direkod dibina di Singapura ialah Wakaf Masjid Omar Kampung Melaka pada tahun 1820.

  • Kebanyakan Wakaf di Singapura diwujudkan ketika awal penghijrahan orang-orang Islam ke negara ini iaitu pada akhir abad ke-19 dan abad ke-20.

  • Sejauh ini terdapat 91 buah wakaf di Singapura; Kesemua 156 aset dalam wakaf-wakaf tersebut ditaksirkan bernilai lebih $800 juta.

  • Di bawah Akta Pentadbiran Undang- Undang Islam (Amla), semua wakaf tertakluk di bawah pentadbiran Muis. Wakaf perlu didaftarkan bersama Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >