TAHUN ini tahun yang amat istimewa dan bersejarah buat Singapura. Kita meraikan ulang tahun negara yang ke-50 dengan penuh gemilang dan harapan.
Sedang kita meraikan pencapaian cemerlang yang telah dinikmati sejak lima dekad lalu, kita tidak lupa menghargai jasa dan pengorbanan warga perintis yang membanting tulang membina negara dahulu.