Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Sempena Ramadan bertekad jadi ayah lebih penyabar

Apr 04, 2022 | 05:30 AM



SAYA jangka saya seorang yang amat penyabar sehinggalah saya kini bergelar bapa kepada dua anak lelaki yang berusia tiga dan enam tahun.



Sebelum saya teruskan, biarlah saya berikan sekilas 'tahap sabar' saya.



Secara lumrah, saya bukanlah orang yang begitu sabar. Saya pernah beberapa kali meninggalkan gerai makanan selepas membuat pesanan kerana tidak sabar apabila pesanan orang lain yang datang kemudian didahulukan atau apabila hilang sabar menanti 45 minit bagi sebungkus mi goreng.



Biasanya, saya tidak banyak bercakap dengan pegerai, dan akan tetap membayar harga makanan yang dipesan sebelum beredar.



Tapi dari sudut lain pula, saya seorang yang amat penyabar.



Sebagai penyokong setia Liverpool sejak zaman sekolah, saya telah menantikan lebih 30 tahun untuk saat menyaksikan Mohamed Salah dan rakan sepasukan menjulang trofi Liga Perdana England (EPL) pada 2020.



Bayangkan jumlah ejeken yang telah saya harungi, kata-kata sinis yang terpaksa ditipis dari rakan-rakan dan kawan kerja dalam tempoh sehingga dua tahun lalu.



Seperkara lagi, kerjaya sebagai wartawan yang bermula sejak 15 tahun yang lalu telah mengajar saya tentang kesabaran (sangka saya).



Dari pengalaman berurusan dengan selebriti yang lewat tiga empat jam bagi sesi wawancara, menanti siaran akhbar yang tidak sampai-sampai kepada pengalaman membuat liputan di luar negeri, saya jangka tahap kesabaran saya telah digilap secukupnya.



Justeru, berbekal pengalaman itu, saya jangka saya telah 'banyak latihan' dalam urusan menguruskan jangkaan dan tahap kesabaran saya.



Sehinggalah saya bergelar bapa, atau lebih khusus, bapa kepada dua anak kecil yang menyangka mereka sudah remaja atau dewasa.



Pengalaman saya ini mungkin tidak unik, dan saya pasti ramai bapa lain yang juga melalui pengalaman serupa.



Sesiapa yang pernah menyertai perbincangan panjang lebar dengan kanak-kanak yang enggan makan nasi - yang dikatakannya telah 'dicemari' sayur, tetapi enggan nasi itu diganti - pastinya faham cabaran saya.



Menggunakan rotan - yang tergantung di dinding sebagai lambang pencegahan - sentiasa ada sebagai pilihan melaksanakan disiplin, tetapi saya lebih rela ia menjadi pilihan terakhir.



Justeru, rundingan dua hala akan bermula antara bapa dengan anak, yang pada mulanya bermula dengan kata-kata selembut sutera, sebelum berubah nada menjadi lebih lantang dan berkuasa.



Kadang-kala, rundingan itu juga akan berkesudahan dengan adegan kejar-mengejar, yang berakhir dengan rotan diambil dari dinding.



Pada ketika itu, saya terpaksa bersembunyi di tandas, untuk mengelak rotan yang di tangan anak. Alamak!



Sebenarnya, saya berseloroh sahaja. Tapi azam saya adalah serius.



Bermula Ramadan ini, saya bertekad untuk menjadi lebih sabar semasa melayan anak-anak.



Saya berazam untuk mengurangkan penggunaan suara lantang, serta perbuatan mengambil permainan mereka bagi tempoh sementara dan mengurangkan masa menonton televisyen sebagai 'hukuman'.



Tentu sekali saya tidak akan mengabaikan kesemua taktik ini, tetapi saya akan cuba melaksanakan hukuman ini dengan cara lebih baik dan dengan suara lebih lembut.



Mungkin, terutama dengan anak sulung yang kini berada di Darjah Satu, dialog dan rundingan adalah langkah awal bagi memasuki alam dewasa.



Bermula Ramadan ini juga, saya akan menggantung rotan lebih tinggi di dinding. Selamat berpuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >