Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

ANTARA YANG SESUAIKAN NIAGA IKUT PEREDARAN MASA

Seniman beralih ke wadah digital bergiat semula

Mar 14, 2021 | 05:30 AM



GOLONGAN seniman yang paling terasa akibat Covid-19 kerana tidak dapat membuat persembahan di panggung atau mengendalikan bengkel-bengkel kesenian di sekolah atau pusat-pusat masyarakat - yang menjadi sumber pendapatan mereka - secara perlahan-lahan dapat bangkit semula apabila mereka kini berlalih ke wadah digital untuk memulakan semula kegiatan.



Geran Operasi yang diterima syarikat seni itu di bawah Pakej Daya Tahan Seni dan Budaya (ACRP) tahun lalu telah banyak membantu mereka bertahan hingga sekarang serta menyokong pekerja yang terjejas. Namun bukan hanya menerima sokongan untuk bertahan, mereka juga perlu berusaha mengisi kemahiran baru untuk memenuhi keperluan semasa.



Syarikat seni profesional seperti Teater Kami, Era Dance Theatre, Sri Warisan Som Said telah pun menghasilkan program mereka menerusi dalam talian dengan mengendalikan bengkel-bengkel seni di wadah digital, dan ini dapat dilakukan setelah mereka mengikuti latihan asas bidang teknikal termasuk mengendalikan kamera, mengawal audio dan membuat suntingan mudah.



Pengarah Kreatif Era Dance Theatre Osman Hamid berkata syarikatnya telah melabur membeli keperluan rakaman, mengubah suai studio latihan agar boleh digunakan sebagai panggung digital, selain menghantar kakitangannya menjalani kursus peningkatan kemahiran termasuk teknikal.



"Saya tidak menyangka golongan seniman akan melalui detik di mana kami perlu lengkapkan diri dengan kemahiran teknikal demi penakatan seni semasa bahkan kemungkinan sehingga pasca Covid-19. Tetapi dengan bantuan geran dan kursus yang tersedia ada, semua boleh dilakukan," kata Encik Osman.



Pengarah Urusan Sri Warisan, Encik Adel Dzulkarnaen Ahmad berkata pihaknya telah manfaatkan Skim Pembangunan Keupayaan bagi Seni (CDSA) yang diselaras NAC dengan mengambil pelbagai kursus bagi menambah ilmu termasuk dalam aspek pendidikan prasekolah, pendidikan golongan kurang upaya dan pendigitalan.



"Kami juga manfaatkan geran Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) bagi sektor niaga seni dan budaya untuk kakitangan kami beli peralatan seperti televisyen dan iPad yang boleh mereka gunakan untuk mengendalikan bengkel Zoom dari rumah," jelas Encik Adel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >