PASANGAN suami isteri, pendidik, Encik Esfan Rizal Rahwom, 44 tahun, dan penulis bebas, Cik Rahayu Ahmad Asi, 43 tahun, akur bahawa fenomena kedwibahasaan menjadi resmi kehidupan di Singapura.
Disebabkan persekitaran di luar rumah lazimnya menggunakan bahasa Inggeris, pasangan itu bertindak menekankan penggunaan bahasa Melayu di rumah. Mereka mempunyai lima anak berusia antara empat dengan 16 tahun.