Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Setelah dibebaskan, bekas pesalah perlu sokongan berterusan

Sep 26, 2021 | 05:30 AM



SEPTEMBER merupakan Bulan Reben Kuning.



Ia adalah masa untuk meningkatkan kesedaran untuk memberi peluang kedua untuk bekas pesalah.



Ia juga adalah masa untuk kita memberi sokongan kepada mereka yang telah banyak menyumbang dalam membimbing dan mendorong bekas pesalah dalam perjalanan pemulihan mereka.



Para pesalah menghadapi pelbagai rintangan setelah dibebaskan dari penjara.



Dalam mengukir bab yang baru, mereka harus menjauhkan diri daripada kehidupan lama mereka yang berbelenggu dengan penglibatan dalam jenayah, penyalahgunaan dadah dan pergaulan negatif.



Namun, mereka tidak sendirian dalam menghadapai cabaran-cabaran ini.



Dengan bantuan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), Reben Kuning Singapura (YRSG), Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah (Care)Network dan badan-badan masyarakat dalam memberi latihan kemahiran, membantu meningkatkan daya tahan dan menguatkan sokongan keluarga dan masyarakat, para pesalah akan lebih bersedia untuk mengharungi cabaran-cabaran itu.



Sokongan ini dapat membimbing mereka dalam masa panjang daripada terjerumus semula dalam kancah jenayah.



Menurunkan risiko bagi bekas pesalah dalam melakukan jenayah adalah penting.



Mengikut kajian SPS pada tahun 2019 dimana mereka bertemu ramah dengan 92 bekas pesalah penyalahgunaan dadah, mereka mendapati bahawa bekas pesalah yang telah berjaya menjauhkan diri daripada penyalahgunaan dadah mempunyai:



(1) motivasi yang berterusan dan keinginan untuk berubah;

(2) aliran pemikiran positif;

(3) rangkaian dan hubungan yang baik, dan;

(4) telah membuat penukaran gaya hidup yang lebih positif.



Hasil kajian tersebut menunjukkan bahawa para bekas pesalah yang telah lama menjauhkan diri mereka daripada melakukan jenayah atau penyalahgunaan dadah, memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak dan badan-badan masyarakat, dan ia bermula dengan diri sendiri.



SPS, YRSG, Care Network, ahli keluarga dan masyarakat boleh memainkan peranan dalam memberi motivasi kepada bekas pesalah, menggalakkan perubahan dalam cara pemikiran, membantu memperkuatkan hubungan positif dalam masyarakat dan mengendalikan gaya hidup dan keyakinan diri untuk membantu mereka berjaya dalam perjalanan pemulihan mereka.



SPS bekerjasama dengan beberapa badan masyarakat untuk mengendalikan program dan memberi sokongan kepada para pesalah, bekas pesalah dan keluarga mereka. Antaranya adalah (Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah) yang ditubuhkan pada 2018 dan bertujuan untuk menguatkan sokongan kepada bekas pesalah dalam perjalanan pemulihan mereka.



Dengan lebih 450 sukarelawan, Fitrah membuka pintunya kepada para pesalah Melayu/Islam dan keluarga mereka untuk mendapatkan bantuan.



Fitrah bekerjasama dengan badan-badan masyarakat yang lain untuk membimbing para pesalah setelah mereka dibebaskan supaya tidak terlibat semula dalam jenayah.



Setelah menjalani program pemulihan di Pusat Pemulihan Dadah (DRC), Siti (bukan nama sebenar) kembali ke pangkuan keluarganya dan terpaksa mengambil peranan sebagai ketua keluarga kerana ayahnya yang sakit tenat.



Siti mendapat pekerjaan di sebuah syarikat logistik sebagai pengurus gudang dan pada masa yang sama meminta bantuan daripada Fitrah untuk meringankan beban kewangan dan masalah peribadinya.



Siti mendapat kaunseling dan sokongan daripada dua orang pendamping Fitrah sejak tamat menjalani pemulihan di DRC.



Beliau sangat terharu kerana mendapat juga sokongan "Back to Fitrah" di mana beliau diberi baucar untuk menaiki pengangkutan awam dan membeli-belah di pasar serbaneka.



Beliau juga dirujuk kepada Masjid Darul Ghufran untuk mendapat bantuan kewangan dan bimbingan agama.



Selain itu, keluarga Siti juga mendapat jamuan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan dan daging korban pada Hari Raya Aidiladha yang lalu, usaha gabungan Muis, Persatuan Rakyat (PA) dan Fitrah.



YRSG bekerjasama dengan SPS untuk menyediakan para pesalah dengan latihan untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehkerjaan mereka, mengikut kepada "Singapore Skills Framework".



Ini memberi mereka kemahiran bertauliah dan membolehkan mereka menyertai semula tenaga kerja.



Setelah dibebaskan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat menjadi keutamaan untuk meningkatkan keyakinan dan memudahkan para pesalah kembali ke pangkuan masyarakat.



Sebagai contoh, di bawah program perintis "Skills Training in the Community", YRSG melatih sekitar 50 bekas pesalah setiap bulan di bawah kursus "SkillsFuture for Digital Workplace" yang mengajarkan topik seperti SGSecure, keselamatan siber, dan penggunaan dan aplikasi digital.



Latihan asas digital ini sangat bermanfaat kepada bekas pesalah terutama mereka yang ingin tahu mengenai penggunaan aplikasi peranti pintar.



YRSG juga membantu bekas pesalah yang sukar mendapat pekerjaan melalui Unit Pembantu Pekerjaan (EAU). Pada tahun 2020, lebih daripada 2,700 bekas pesalah telah dibantu untuk mendapatkan pekerjaan di mana sekitar 2,500 (93 peratus) berjaya memperolehi pekerjaan.



Setelah mendapat perkerjaan, YRSG mengadakan jurulatih kerjaya untuk bekerjasama dengan majikan mereka supaya dapat memberikan sokongan pengekalan kerjaya sehingga 12 bulan.



Ini dapat membantu bekas pesalah menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja yang baru.



Ingin saya mengongsi kisah Tajuddin ( bukan nama sebenar ), seorang bekas pesalah yang telah diberi bantuan YRSG EAU.



Tajuddin telah menjalani hukuman penjara kerana penyalahgunaan dadah.



Sebelum dibebaskan, beliau berazam untuk mendapatkan pekerjaan untuk menampung kehidupan keluarganya sebagai seorang bapa tunggal.



Walaubagaimanapun, dengan sejarah pekerjaan beliau yang tidak baik, beliau tidak yakin untuk mendapat pekerjaan yang sesuai atau berjaya dalam kerjayanya kelak.



Dengan bantuan pakar kerjaya daripada YRSG EAU yang membimbing dan membantunya mendapatkan temu duga bersama beberapa agensi, Tajuddin mendapat pekerjaan sebagai "Hawker Captain" untuk syarikat penghantar makanan WhyQ Pte Ltd.



Mereka menghargai keperibadiannya yang ramah, pengalaman pekerjaannya sebagai penghatar makanan, dan kemahirannya dalam mengaturkan pesanan untuk dihantarkan ke pusat-pusat penjaja makanan di merata Singapura.



Tajuddin sangat menghargai YRSG kerana telah membantunya mendapatkan pekerjaan semasa Covid-19. Beliau juga amat gembira kerana diberi peluang menyumbang kembali kepada masyarakat.



Saya amat terharu dengan sokongan dan semangat gotong royong yang diberi bekas pesalah dalam membantu mereka kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat, dan membina hidup yang baru.



Sempena bulan Reben Kuning ini, mari kita teruskan usaha murni ini supaya dapat mempermudahkan kepulangan mereka dan menanamkan sifat bantu- membantu dalam masyarakat kita ini.



Bak pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih.




Saya amat terharu dengan sokongan dan semangat gotong royong yang diberi bekas pesalah dalam membantu mereka kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat, dan membina hidup yang baru. Sempena bulan Reben Kuning ini, mari kita teruskan usaha murni ini supaya dapat mempermudahkan kepulangan mereka dan menanamkan sifat bantu- membantu dalam masyarakat kita ini. Bak pepatah, buang yang keruh, ambil yang jernih.
– Penulis 




  • Penulis Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara).


TANDA-TANDA POSITIF 



Mengikut kajian SPS pada 2019

(bertemu ramah dengan 92 bekas pesalah penyalahgunaan dadah), mereka yang telah berjaya jauhkan dirii daripada penyalahgunaan dadah mempunyai:



(1) Motivasi yang berterusan dan keinginan untuk berubah;

(2) Aliran pemikiran positif;

(3) Rangkaian dan hubungan yang baik, dan;

(4) Telah membuat penukaran gaya hidup yang lebih positif. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >