MAKAN TENGAH HARI BERSAMA SUMIKO TAN
Shanmugam: Saya akan tetap lakukan perkara tidak popular, selagi ia betul
Jun 26, 2019 | 05:30 AM
MAKAN tengahari dengan Menteri Undang-undang dan Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam pada mulanya dirancangkan di kedai kopi di kawasan undi pilihan raya beliau, Chong Pang, di Yishun.
Tetapi pada pagi hari pertemuan kami, pegawai beliau menelefon untuk memberitahu saya bahawa ada perubahan dalam rancangan kami.