Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Sistem baru CCA tawar pendidikan menyeluruh kepada pelajar

Jan 22, 2014 | 06:01 AM

RANGKA kerja baru Kegiatan Kokurikular (CCA) bagi pelajar menengah satu tahun ini memberi penekanan kepada pembangunan menyeluruh pelajar. Sistem baru itu, yang dikenali sebagai Leaps 2.0, tidak lagi menggunakan gred A1 sampai E8 bahkan digantikan dengan tiga jalur, iaitu Cemerlang, Baik dan Sederhana. Dengan meniadakan gred, sistem itu diharap dan tidak seharusnya dilihat sebagai cara bagi mendapatkan markah tambahan semata-mata, walaupun ia dapat memudahkan pelajar memasuki pendidikan posmenengah. Ia juga tidak harus dijadikan platform persaingan kerana ini akan hanya menambah tekanan dan membebankan pelajar. Lagipun, itu bukan matlamat utamanya.

Kurikulum bukan akademik itu seharusnya memberi pelajar keseronokan menceburi bidang yang mereka minati. Sama penting ia menggalak interaksi sosial dan memberi keseimbangan dalam pembangunan pelajar. CCA juga menawarkan golongan muda peluang membina keperibadian mereka dan kemahiran dalam kegiatan- kegiatan luar darjah, seperti dalam bidang sukan, kumpulan beruniform dan kumpulan artistik. Ia juga platform bagi membina jalinan antara pelajar berbilang kaum dan agama supaya dapat membuka minda pelajar memahami kepelbagaian yang terdapat dalam masyarakat majmuk Singapura. Mentelah lagi, sistem baru itu mengiktiraf sumbangan pelajar kepada masyarakat.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >