Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Skim VTL denyutkan hubungan rapat Spura-M'sia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana
37
3

Lidah Pengarang

Skim VTL denyutkan hubungan rapat Spura-M'sia

Dec 05, 2021 | 05:30 AM

HUBUNGAN dua hala Singapura-Malaysia yang tergendala selama hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19 mula kembali berdenyut minggu ini dengan pembukaan semula sempadan antara kedua-dua negara, melalui udara dan darat di bawah skim Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL), pada 29 November. Walau tertakluk dengan beberapa syarat dan peraturan dan bilangan pengunjung dihadkan, langkah pertama yang dimulakan secara serentak - VTL darat melalui Koswe dan VTL udara di lapangan terbang kededua negara - cukup membangkitkan keceriaan, membolehkan banyak pihak bertemu dan melepas rasa rindu. Ia juga menyuntik harapan untuk melihat jalur hubungan di pelbagai peringkat dikuak lebih luas, dalam waktu terdekat.

Namun pendekatan berhati-hati dalam membuka sempadan amat perlu bagi memastikan keadaan selamat sebelum pintu hubungan dibuka lebih luas. Keadaan masih belum stabil dengan angka jangkitan di kededua negara masih memprihatinkan. Mentelah dunia kini diancam dengan kemunculan varian baru Covid-19, yang dikenali sebagai Omicron, yang dibimbangi lebih berbahaya dan merisaukan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3