Soal-jawab, Berita Wacana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana0

BHALAL: RUANG INFO HALAL

Soal-jawab

Antara soalan yang sering ditanya berkaitan halal
Mar 01, 2020 | 05:30 AM

SOALAN: Bolehkah seorang Muslim menjadi vegan atau makan sayur dan buah-buahan sahaja?

JAWAPAN:Orang Islam boleh menjadi 'vegetarian' atas dasar pilihan sendiri asalkan beliau tidak menganggap sebarang produk halal yang bukan 'vegetarian' itu haram.

SOALAN: Bolehkah seorang Muslim memakan tanaman yang ditanam menggunakan najis babi sebagai baja?

JAWAPAN: Orang Islam boleh memakan sayur dan buah sedemikian. Ini kerana meskipun baja itu diperbuat daripada produk bukan halal seperti najis babi atau najis binatang lain, semua najis binatang dianggap najis.

Oleh itu, tiada bezanya antara najis sesuatu haiwan dengan haiwan yang lain.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Apabila baja sedemikian digunakan, tanaman itu hanya mendapatkan zat daripada tanah. Oleh itu, tiada kekotoran yang diperoleh tanaman itu dan ini menjadikannya halal dan selamat dimakan.

SOALAN: Adakah sayur segar yang langsung terkena daging babi masih dianggap halal?

JAWAPAN: Sayur segar sememangnya halal namun apabila terkena daging babi secara langsung, ia menjadi tidak halal.

Sumber: Laman web Muslim.sg

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map