Soal-jawab, Berita Wacana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana0

BHALAL: RUANG INFO HALAL

Soal-jawab

Mar 15, 2020 | 05:30 AM

Antara soalan yang sering ditanya berkaitan halal

SOALAN: Bolehkah orang Islam makan makanan yang disediakan oleh orang bukan Islam?

JAWAPAN: Memakan makanan yang halal itu wajib bagi semua orang Islam.

Orang Islam boleh makan makanan yang disiapkan dan/atau dijual orang bukan Islam, asalkan bahan dan prosesnya halal.

SOALAN: Bolehkah orang Islam makan makanan yang tidak ada sijil halal?

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

JAWAPAN: Orang Islam boleh memilih makanan yang tidak ada sijil halal daripada badan Islam, asalkan mereka yakin dan dapat memastikan bahawa makanan itu telah disediakan mengikut syariah.

SOALAN: Bolehkah orang Islam makan kek yang mengandungi alkohol namun tidak memabukkan?

JAWAPAN: Larangan meminum alkohol bukan sahaja kerana ia memabukkan tetapi juga kerana ia najis.

Ini jelas dalam kesemua empat mazhab - Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

Allah swt telah menyatakan dalam Surah Al-Ma'idah ayat 90 yang bermakna:

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan.

Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."

Justeru sekiranya makanan itu dicemari walaupun dengan setitis alkohol pun, makanan itu dianggap sebagai najis, walaupun ia bukan tahap memabukkan.

Muslim tidak boleh memakan najis atau makanan yang dicemari najis.

Oleh itu, kita tidak boleh memakan kek dan pastri di mana alkohol merupakan salah satu daripada bahannya.


Sumber: Laman web Muslim.sg

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map