PENUTUPAN BSI BANK DI SINGAPURA
S'pura serius isu salah guna sistem kewangan
Tindakan tegas sebagai ingatan kepada bank isu antipemindahan wang terlarang
May 26, 2016 | 05:30 AM
PENUTUPAN bank berpangkalan di Switzerland, BSI Bank, di negara ini memberi isyarat tegas bahawa tiada toleransi bagi sebarang penyalahgunaan sistem kewangan Singapura, kata pakar industri dan ekonomi.
Lesen perbankan perdagangan BSI Bank di sini telah ditarik balik oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) kelmarin kerana bank itu dipercayai melanggar undang-undang antipemindahan wang terlarang dan salah laku beberapa kakitangan serta didenda sebanyak $13.3 juta.