Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KESIHATAN & PERUBATAN: LANGKAH KURANGKAN RISIKO

Sudahkah anda memeriksa buah dada?

Nov 29, 2021 | 05:30 AM



MAMOGRAFI adalah pemeriksaan paling mudah dan penting bagi barah buah dada.



Ia adalah X-ray dos rendah buah dada dan boleh mengesan penyakit barah bertahun-tahun lebih awal sebelum seorang wanita atau doktor mungkin dapat rasakan ketulan.



Barah buah dada pada tahap awal mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi menjelma sebagai ketumpatan abnormal atau mendapan kalsium dalam payudara yang dikesan dalam mamogram.



Matlamat pemeriksaan mamogram adalah untuk mengesan barah pada peringkat awal, apabila tumor masih kecil.



Lebih awal peringkat barah buah dada semasa didiagnosis, lebih tinggi peluang pesakit untuk sembuh.



Justeru, kaum wanita digalakkan mula memeriksa buah dadanya sendiri mulai usia 20 tahun setiap sebulan sekali.



Pemeriksaan buah dada ini hanya mengambil masa selama 10 minit.



Wanita berusia 40 tahun ke atas pula harus menjalani pemeriksaan mamogram pada setiap tahun, manakala mereka berusia 50 tahun ke atas harus melakukan pemeriksaan mamogram pada setiap dua tahun sekali.



Waktu paling baik untuk melakukan pemeriksaan buah dada adalah tujuh hingga 10 hari selepas haid anda bermula, apabila buah dada paling kurang berasa bengkak.



Jika anda sudah menopaus, pilih tarikh tetap setiap bulan bagi anda melakukan pemeriksaan buah dada sendiri.



Di bawah program Screen For Life anjuran Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), wanita berusia 50 tahun ke atas boleh menikmati subsidi bagi pemeriksaan mamogram pada harga $50 untuk warga Singapura; $75 untuk penduduk tetap; $37.50 untuk pemegang kad Generasi Merdeka dan $25 bagi pemegang kad generasi perintis di lokasi yang menawarkan progam ini.



Layari laman web, www.screenforlife.sg, untuk maklumat lanjut.



Wanita berusia 50 tahun dan memiliki kad Skim Bantuan Kesihatan Komuniti (Chas) biru atau oren boleh menjalani pemeriksaan buah dada pertamanya secara percuma.



Pemeriksaan buah dada ini ditaja oleh Yayasan Barah Buah Dada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >