Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Sudahkah kita bersedia hadapi bencana?

Dec 12, 2013 | 12:33 PM



BAYANGKAN rumah anda ranap dan hanyut dibadai ombak besar.


Anda hanya tinggal sehelai sepinggang.


Tiada makanan atau bekalan air minum.


Tidak cukup dengan itu, ada juga harus berdepan gelora emosi setelah kehilangan anak, suami, ibu atau orang tersayang lain.


Bagi rakyat Singapura yang tidak pernah mengalami bencana alam, perkara ini memang sukar untuk dibayangkan.


Namun, inilah hakikat yang dihadapi oleh ribuan rakyat Filipina yang dilanda Taufan Haiyan pada awal November lalu.


Berita mengenai Taufan Haiyan yang disifatkan taufan paling kuat yang melanda dunia sepanjang tahun 2013 begitu menyentuh perasaan saya.


Ini meskipun sebagai wartawan luar negeri, berita-berita bencana, peperangan, kemalangan, bantahan, pertempuran sudah menjadi sajian seharian.


Bencana yang berlaku di negara jiran Singapura ini, membuat saya terfikir, apa yang bakal berlaku jika tanah
watan saya sendiri yang dilanda bencana.


Selang sehari dua Taufan Haiyan melanda, seorang rakan sekerja saya, malah bertanya:


"Kalau Singapura dilanda taufan, kita boleh selamat ke tak eh?"


Jawab saya:


"Flat-flat di Singapura mungkin tidak akan runtuh tetapi kita hendak sembunyi di mana? Flat kita semua 
dikelilingi dengan tingkap kaca. Bila taufan melanda, semua kaca-kaca akan pecah dan melayang ke arah kita semua."


Agaknya, kita boleh berlindung di tempat perlindungan bom di kolong blok berdekatan atau di bilik khusus yang dibina di sebahagian flat.


Masalahnya, kemudahan ‘bom shelter; di kolong blok berdekatan saya kini menempatkan sebuah kedai runcit.


Mana boleh muat jumlah penduduk yang ramai?


Bilik-bilik perlindungan bom di sebahagian flat pula saya yakin kini sudah dijadikan bilik stor dan dipenuhi dengan pelbagai barangan.


Macam mana nak masukkan semua anggota keluarga di dalam bersama dengan periuk belanga yang disimpan?


Senario ini hanya imaginasi saya sendiri saja kerana Singapura beruntung kerana tidak terletak di kawasan gempa bumi, laluan taufan atau gelombang tsunami.


Secara peribadi, saya akur yang saya sendiri tidak dilengkap dengan sebarang pengetahuan untuk berdepan dengan sebarang bencana.


Baru-baru ini, rakyat Singapura resah gelisah dan panik apabila jerebu tebal melanda ekoran kebakaran hutan berlaku di Indonesia.


Apabila talian telefon bimbit dan Internet terjejas ekoran kegenjotan di prasarana syarikat telekomunikasi M1 dan SingTel pula, kita sudah rasakan
begitu sukar untuk menjalani kehidupan seperti biasa.


Ini belum lagi bencana besar lain.


Memang rakyat Singapura pernah diuji dengan penularan wabak Sars pada 2003.


Kita telah berjaya bangkit ketika itu.


Itu sedekad yang lalu.


Mampukah generasi muda Singapura berdepan dengan bencana serupa jika ia berlaku hari ini?


Persoalan ini yang bermain di benak sedang saya membelek gambar wajah-wajah sayu mangsa Taufan Haiyan yang beratur panjang untuk mendapatkan bekalan makanan dan minum tanpa mengetahui apa nasib mereka pada keesokan hari.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >