SAYA dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Idris Ahmad dan rakan-rakan beliau yang merupakan mantan pelajar dari Sekolah Menengah Sang Nila Utama (SNU) di atas pelbagai sumbangan keperluan asas persekolahan yang telah mereka sumbangkan kepada anak-anak saya dan beberapa lagi anak daripada keluarga bekas pesalah dadah pada 7 Disember lalu.
Bantuan menerusi acara 'Back to School' di Kelab Masyarakat Woodlands itu adalah bagi persiapan pembukaan persekolahan tahun depan.