Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Syukuri kemakmuran yang dinikmati

May 26, 2019 | 05:30 AM



VIDEO mengenai ragam menjelang berbuka puasa sering tular di media sosial.



Bulan ini sahaja terdapat dua video yang memaparkan kejadian menyedihkan.



Satu daripadanya merakam pergaduhan melibatkan beberapa lelaki menjelang berbuka menyebabkan juadah yang siap diatur bersepah dan rosak. Ia dikatakan berlaku di Pakistan.



Satu lagi memaparkan perebutan mendapatkan kotak juadah buka puasa yang diagihkan dari sebuah lori, sehingga ada yang berkelahi, menyebabkan makanan tercampak dan bertaburan di permukaan jalan. Ia dikatakan berlaku di Kuwait.



Sedih melihat keadaan sedemikian berlaku dalam bulan suci yang sepatutnya mendidik jiwa bersikap rahmah.



Masyarakat Islam di Singapura bersyukur kerana kejadian serupa itu tidak berlaku di sini.



Malah keadaan sebaliknya berlaku.



Sejak menjelang Ramadan, masjid-masjid tiada masalah mendapatkan derma dan tajaan berbuka puasa sepanjang bulan dan juadah sahur buat 10 hari terakhir Ramadan bagi yang menganjurkan qiamullail.



Malah, ada masjid yang mendapat tajaan sahur terpenuh lebih awal daripada tajaan untuk buka puasa.



Apa yang terlihat ialah seperti ada perlumbaan... untuk merebut peluang menderma dan bersedekah.



Di banyak masjid, jemaah berbuka secara teratur - tidak ada perebutan, tidak ada perkelahian.



Juadah yang disediakan juga lebih daripada setakat kurma dan bubur, dan menu makanan pula kerap bertukar, termasuk nasi mandy dan nasi beriani.



Jemaah, setempat dan pekerja asing Muslim, duduk bersama, makan sedulang dengan selesa.



Malah, terdapat usaha mengajak masyarakat bukan Islam untuk buka puasa bersama bagi membuka ruang kepada mereka menjengah keindahan berpuasa dan buka puasa bersama.



Ia menyumbang kepada keterikatan sosial penuh harmoni dalam masyarakat berbilang bangsa dan kepercayaan.



Suasana damai ini mencerminkan beberapa perkara.



Antara lain, ia membayangkan pendidikan agama yang membentuk Muslim berjiwa rahmah, melentur keperibadian murni - masyarakat murah hati yang bersedia menyahut seruan menghulur bantuan bagi memenuhi pelbagai keperluan, termasuk buka puasa dah sahur.



Pendidikan agama yang tersusun telah menghasilkan penghayatan nilai-nilai Islam yang lebih bermakna yang diterjemahkan dalam kehidupan.



Jiwa rahmah dan semangat bersedekah ini terlihat dalam banyak keadaan.



Antara contoh jelas ialah terdirinya masjid-masjid di Singapura yang tersergam, terbina hasil sokongan masyarakat.



Begitu juga dengan projek pembangunan semula masjid dan madrasah dan projek mengubah elok masjid dan madrasah dari masa ke masa dan keindahan keperibadiaan itu semakin terlihat dalam Ramadan.



Ia juga membayangkan kemakmuran yang dinikmati masyarakat Islam Singapura sejajar dengan pembangunan dan kemakmuran ekonomi.



Kemakmuran ini telah menarik banyak peniaga, profesional dan syarikat besar bertapak ke sini.



Kemakmuran itu juga membolehkan masyarakat Islam mempunyai simpanan besar sehingga berupaya mengeluarkan zakat.



Beberapa hari lalu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengumumkan akan mengagihkan zakat berjumlah lebih $42 juta kepada penerima di bawah senarai lapan asnaf tahun ini.



Daripada jumlah tersebut, $2.2 juta dibahagikan pada Ramadan ini, termasuk $2 juta bonus kepada lebih 6,650 keluarga dan individu.



Jumlah pungutan zakat yang meningkat dengan mantap setiap tahun itu mencerminkan komitmen masyarakat kepada keadilan sosial. Ini juga antara prinsip dan nilai Islam.



Dan tidak kurang yang menyahut daya usaha menghulur bantuan ke luar negara, membantu mangsa bencana alam dan masyarakat yang memerlukan dan menghadapi kepayahan.



Sungguh Singapura dan masyarakatnya hidup makmur.



Namun, kemakmuran yang dinikmati, dan keteraturan yang terlihat tidak harus membuat kita mendabik diri.



Sebaliknya, ia harus menjadikan kita lebih insaf dan mensyukuri kemakmuran yang dinikmati.



Semoga semua dapat melihat bahawa Ramadan menjadi madrasah yang terus membentuk peribadi murni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >