MENGENANG OTHMAN WOK

Tanpa Othman Wok, tiada S'pura berbilang kaum

Kelmarin, Perdana Menteri Lee Hsien Loong antara enam penyampai ucapan eulogi di upacara memperingati Menteri Hal Ehwal Masyarakat pertama Singapura, Allahyarham Othman Wok, yang meninggal dunia Isnin lalu. Berikut kami siarkan sedutan ucapan PM Lee.

"OTHMAN menikmati kehidupan yang penuh bermakna dan cemerlang. Beliau wartawan, penulis, aktivis kesatuan sekerja, ahli politik dan diplomat.

Tetapi, satu benang emas yang menyaluti kehidupannya yang panjang ialah komitmen menjadikan Singapura negara yang berbilang kaum dan agama.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan