ULASAN BUKU
Taubat si Tanggang hembus nafas baru kepada cerita rakyat
Mar 23, 2020 | 05:30 AM
APABILA membicarakan cerita rakyat, penyampaian dalam bentuk komik mungkin jarang terlintas dalam fikiran kita.
Namun, inilah keistimewaan Taubat Si Tanggang. Berbentuk komik unik, ia bukan hanya mempunyai persembahan ilustrasi dan visual menakjubkan, bahkan menawarkan kesegaran pengalaman membaca kepada yang menghayatinya.