Jendela 2019

Terserlah sebagai ketua negara untuk semua warga

Hadiri lebih 600 acara selain laksana tugas rasmi sejak sandang jawatan tertinggi negara pada September 2017

Presiden Halimah Yacob mengangkat sumpah pada September 2017, sekali gus menempa sejarah sebagai Presiden wanita pertama negara ini, serta Presiden Melayu pertama dalam tempoh 47 tahun selepas Encik Yusof Ishak. Beliau menang tanpa bertanding dalam pilihan raya yang diperuntuk untuk calon Melayu, menyusuli perubahan kepada perlembagaan negara untuk memastikan perwakilan minoriti bagi jawatan ketua negara itu. Baru-baru ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong akur terdapat kos politik bagi mengadakan pilihan raya diperuntuk itu. Sebahagian rencana khas hujung tahun, BERITA HARIAN menyusuri dua tahun sejak Puan Halimah menjadi Presiden, dan kesannya kepada landskap politik di sini.

KINI sudah lebih dua tahun sejak Presiden Halimah Yacob mengangkat sumpah pada September 2017 untuk menyandang jawatan tertinggi dalam negara.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan