Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Tertarik dengan penjimatan sekitar 30% bila tukar pembekal elektrik

Mar 18, 2019 | 05:30 AM



JIKA dahulu bil elektriknya menelan belanja sehingga $200 setiap bulan, kini Encik Norazman Hassan hanya perlu membayar antara $128 dengan $131 sebulan sahaja.



Beliau yang bertukar kepada pembekal elektrik baru sejak September tahun lalu mampu berjimat sekitar 30 peratus meskipun telah berpindah dari rumah sewa dua bilik ke rumah empat bilik di Jurong yang didiaminya sekarang.



Berkongsi keputusannya menukar pembekal elektrik, Encik Norazman, 37 tahun, berkata beliau baru balik daripada membeli-belah di pasar raya dan didekati seseorang yang memberinya penjelasan mengenai Pasaran Terbuka untuk Bekalan Elektrik (OEM) serta peluang menukar pembekal elektrik.



"Mereka terangkan semua sekali, apa perubahannya, format bilnya bagaimana. Senang nak faham," katanya yang bekerja sebagai pemandu.



Pun begitu, beliau sempat melakukan sedikit kajiannya sendiri dengan membaca tawaran yang diberikan beberapa pembekal elektrik lain.



OEM merupakan inisiatif Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) yang membolehkan penduduk Singapura mempunyai lebih banyak pilihan dalam membeli elektrik.



Dengan adanya pasaran terbuka bagi bekalan elektrik, pengguna boleh meraih manfaat daripada harga yang kompetitif dan tawaran inovatif daripada pembekal.



Bagi Encik Norazman, tawaran yang diberikan salah satu pembekal elektrik paling menarik baginya.



Lantas, bapa lima anak itu membuat keputusan menandatangani pelan dua tahun bersama syarikat tersebut.



Beliau juga diberikan iPad percuma sebagai sebahagian tawaran itu.



Menurutnya, beliau tidak perlu melakukan banyak perkara kerana pembekal elektrik baru yang dipilih beliau itu telah melakukan segala yang berkaitan penukaran tersebut.



Ini kerana mana sahaja pembekal baru yang dipilih akan berurusan secara langsung dengan pembekal sebelumnya melakukan penukaran, menurut EMA.



Kontrak dengan pembekal baru boleh bermula seawal lima hari bekerja selepas pembekal baru tersebut memberitahu pembekal lama mengenai penukaran itu.



Tiada waktu terhad bagi melakukan penukaran.



Penukaran tersebut juga tidak diwajibkan.



Pengguna yang tidak mahu menukar pembekal elektrik baru juga boleh berbuat demikian.



Maklumat lanjut boleh didapati di www.openelectricitymarket.sg.



Perbandingan antara pembekal elektrik dapat dilakukan dengan mudah secara dalam talian menerusi laman compare.openelectricitymarket.sg.




"Mereka terangkan semua sekali, apa perubahannya, format bilnya bagaimana. Senang nak faham."
- Encik Norazman Hassan, yang telah menukar pembekal elektrik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >