Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KESIHATAN & PERUBATAN

Tidur dan kaitannya dengan kesihatan mental

Tidur yang mencukupi adalah penting untuk mencegah penyakit; kurang atau kesukaran tidur boleh jejas kesihatan, mutu hidup
Mar 29, 2021 | 12:00 AM



TIDUR merupakan suatu anugerah dari Yang Maha Kuasa kepada hamba-hambanya.



Apabila matahari terbenam di sebelah barat, gelap menyusul, bumi mendingin, menjadikan suasana lebih nyaman dan sepi untuk istirahat dan tidur.



Otak manusia, seperti organ-organ lain dalam tubuh kita, memerlukan masa setiap hari untuk berehat - dan ini dicapai dengan baik apabila seseorang itu mendapatkan tidur yang berkualiti.



Tidur yang mencukupi adalah penting untuk mencegah penyakit buat pertama kalinya serta mencegah berulangnya penyakit.



Berikut saya ingin mengupas sedikit tentang isu tidur dan kesihatan mental.



GANGGUAN TIDUR ANTARA TANDA PENYAKIT MENTAL



Antara tanda-tanda penyakit mental adalah apabila tidur seseorang itu terjejas.



Misalnya, seseorang yang menghidapi gangguan keresahan akan mendapati dirinya sukar tidur.



Ini kerana mindanya terlalu aktif dan asyik memikirkan dan risau tentang perkara-perkara yang berlaku dalam hidupnya - seperti ujian peperiksaan yang akan didudukinya atau pekerjaan baru yang diceburi.



Atau apabila dia mendapat cahaya mata buat pertama kalinya dan senantiasa menjaga dan memikirkan tentang bayinya itu.



Seseorang yang mempunyai masalah kemurungan pula selalu juga mempunyai gangguan tidur - sama ada dia tidak dapat tidur dengan baik oleh kerana terlalu murung dan mindanya tidak dapat beristirahat atau dia terlalu banyak menghabiskan masanya dengan tidur kerana tidak mempunyai dorongan dan tenaga untuk bangkit dari tempat tidur.



Ada di antara mereka yang mempunyai demensia juga mempunyai kesukaran tidur pada malam hari dan ini kerap menyebabkan mereka aktif di dalam rumah.



Ini boleh meletihkan para penjaga dan ahli keluarga lain yang turut berjaga malam.



KURANG TIDUR MEMBUAT SAKIT MENJADI LEBIH SERIUS



Ramai pesakit mental akan dilanda penyakit yang serius apabila mereka kurang tidur.



Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai gangguan bipolar, apabila kurang tidur, boleh tercetus padanya gejala mania, dimana mindanya menjadi terangsang sehingga dia berterusan tidak tidur, tidak makan, berbual-bual, asyik mahu keluar rumah dan tidak tenang berdiam diri.



Demikian juga seseorang yang mempunyai penyakit skizofrenia di mana fikiran dan persepsinya terganggu.



Kurang tidur boleh membuat gejala- gejala seperti delusi atau halusinasi menjadi lebih buruk.



PENYELESAIAN



Pencegahan adalah lebih baik daripada mencari penyelesaiannya.



Berikut adalah beberapa cara untuk kita dapatkan tidur nyenyak dan berkualiti di malam hari.



Saya perhatikan pada zaman digital ini, ramai yang terlalu bergantung kepada telefon bimbit mereka yang terus 'menggoda' dengan gambar-gambar serta berita-berita yang menarik dari sosial media.



Jika kita tidak berdisiplin, memanglah alat ini dapat menggangu tidur kita.



Justeru amat penting untuk setiap kita mengelak daripada menggunakan Internet di malam hari.



Ada pula yang gemar tidur pada waktu siang.



Ini tentu juga akan mengganggu tidur kita di malam hari kerana kita akan merasa terlalu segar di awal malam, sehingga membuat kita sukar untuk lelapkan mata.



Seyogia amat penting untuk kita elakkan tidur pada siang hari.



Kerja, belajar dan bersenam di waktu siang pula akan membuat tubuh kita berasa penat pada waktu malam.



Selalunya ini akan membuat kita terlena dengan lebih mudah pada malam hari.



Justeru, penting untuk tetap aktif di siang hari.



Akhir sekali, elakkanlah daripada makan berlebihan pada malam hari.



Perut yang penuh makanan akan mengganggu tidur kita dengan mendatangkan masalah seperti GERD (Gastroesophageal Reflux Disease), di mana asid dari perut boleh naik dan membakar tekak kita menyebabkan kita batuk dek gangguan asid di dalam tekak.



Makan banyak di waktu malam bukan hanya mengganggu tidur kita, tetapi boleh meningkatkan berat badan serta mencetuskan penyakit kencing manis.



"Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurnia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya." (Surah Al-Qasas Ayat 73)



  • Penulis Presiden Kelab Heal sejak 2012 dan merupakan seorang doktor keluarga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >