Subuh
5:28
Syuruk
6:51
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:54
Isyak
8:07
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Wacana0

Tiga 'istana' sedia ada yang terkenal

Mar 16, 2020 | 05:30 AM

ISTANA

Istana paling popular dan diingati warga Singapura. Ia menjadi kediaman rasmi Presiden Singapura. Seluas lebih 40 hektar, ia terletak di sepanjang Orchard Road. Struktur sedia ada direka dan dibina John Frederick Adolphus McNair pada 1869 dan pada mulanya menjadi kediaman Gabenor Negeri-Negeri Selat dan kemudian Gabenor Singapura. Ia sebelum ini dikenali sebagai Government House. Istana diwartakan sebagai monumen negara pada 14 Februari 1992.

Menurut laman singaporeinfopedia, terdapat tiga lagi bangunan dalam pekarangan Istana iaitu: Sri Temasek, yang pada mulanya dibina sebagai kediaman setiausaha Gabenor Singapura tetapi kini menjadi kediaman rasmi Perdana Menteri Singapura. Dua lagi bangunan ialah Istana Villa dan the Lodge. Pekarangan Istana akan dibuka kepada orang ramai pada hari cuti umum berikut: Tahun baru Cina, Deepavali, Hari Raya Puasa, Hari Pekerja dan Hari Kebangsaan.

ISTANA KAMPONG GLAM

Terletak di Sultan Gate di Kampong Glam, ia asalnya tempat bersemayam dan kediaman kerabat Sultan Singapura. Sultan pertama Singapura, Sultan Hussein Mohamed Shah, bagaimanapun, tidak pernah tinggal di istana ini. Beliau meninggal dunia di Melaka pada 1835. Bangunan yang ada sekarang didirikan anaknya, Tengku Mohammed Ali, pada 1840. Beliau kemudian menggunakan gelaran Sultan Ali Iskandah Shah.

Hari ini, Istana Kampong Glam diabadikan sebagai Taman Warisan Melayu. Menurut laman singaporeinfopedia, Istana Kampong Glam diwartakan sebagai monumen negara pada 6 Ogos 2015.

GEDUNG KUNING

Ia turut dikenali sebagai 'Rumah Bendahara'. Tunku Mahmud, cucu Sultan Hussein, pernah mendiami rumah ini. Dari 1912 hingga 1999, Gedung Kuning kemudian menjadi kediaman keluarga Haji Yusoff 'Tali Pinggang', seorang peniaga yang amat dihormati dan diiktiraf sebagai antara tokoh besar dalam masyarakat Melayu.

Bangunan sedia ada dibaik pulih sebagai sebahagian pembangunan Taman Warisan Melayu. Ia kini dikendalikan syarikat Amazing Chambers Singapura yang menyediakan perkhidmatan belajar sejarah secara interaktif.

ISNIN DEPAN: 20 ISTANA SILAM YANG HILANG

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian