Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Lidah Pengarang

Ubah takrif kejayaan, amalkan belajar sepanjang hayat

Feb 13, 2022 | 05:30 AM



GESAAN Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing supaya universiti setempat mempertingkat usaha membantu golongan dewasa timba ilmu sepanjang hayat wajar dijadikan pendorong bagi warga supaya usah henti meraih ilmu dan kemahiran.



Mesej yang tersirat di sebalik ucapan beliau di Forum Pendidikan The Straits Times baru-baru ini adalah ilmu yang diraih di universiti tidak lagi cukup untuk mengharungi cabaran dunia yang semakin tidak menentu dan dibelenggu pelbagai gangguan seperti wabak Covid-19.



Menggenggam ijazah tidak seharusnya menjadi detik tamat pengajian seseorang.



Begitu juga meraih diploma sahaja tidak mencukupi. Apa yang dipelajari semasa menuntut di universiti, di politeknik atau di ITE mungkin tidak lagi mencukupi dalam keadaan sekarang.



Encik Chan memberi contoh pada zaman yang lalu seseorang mungkin mengambil sekitar 20 tahun untuk mempersiap diri menghadapi kerja yang pertama dan mungkin juga yang terakhir baginya.



Bak kata pepatah sekali air bah sekali pantai berubah.



Covid-19 menunjukkan tidak semua peluang kerja yang boleh kekal.



Kesan wabak yang teruk menjejas sebuah sektor mungkin memaksa pekerja beralih ke sektor lain yang menawarkan potensi lebih cerah.



Oleh itu bila ada peluang warga perlu meluangkan masa meraih ilmu.



Namun tidak dinafikan cabaran mencari masa menimba ilmu semasa sibuk bekerja satu hakikat kehidupan - mana ada masa nak ikuti kursus sedangkan kerja harian tidak terlarat dipikul.



Namun begitu, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.



Pemerintah telah memperkenalkan pelbagai skim untuk mendorong warga menimba ilmu dan kemahiran sepanjang hayat.



Namun, masih ada yang belum memanfaatkannya.



Bahkan seorang pemimpin buruh baru-baru ini mengeluh sukar menarik anggotanya supaya mempertingkat ilmu.



Beliau prihatin tanpa kemahiran baru pekerja mudah kehilangan kerja dek pelbagai gangguan kepada ekonomi.



Kunci menggalak warga menimba ilmu sepanjang hayat wajar bermula di rumah.



Seperti kata Encik Chan, erti kata kejayaan dalam masyarakat wajar diubah - ia tidak lagi tentang pencapaian seseorang di sesuatu detik hidupnya, atau memuatkan pendidikan hanya di awal kehidupan.



Pembelajaran wajar berlangsung sepanjang kehidupan seseorang.



Ibu bapa boleh memainkan peranan menggalak pembelajaran sepanjang hayat.



Mereka misalnya boleh menggalak anak-anak supaya meraih ilmu selepas menggenggam ijazah atau diploma.



Mereka juga boleh menjadi contoh - jika tidak mampu mengikuti kursus formal di kelas kini terdapat pelbagai modul dalam talian yang boleh disertai mengikut rentak sendiri.



Usaha ini di rumah dengan penekanan di sekolah mungkin dapat menggalak warga muda mempunyai semangat belajar sepanjang hayat.



Bagi pekerja mapan pula kesedaran perlu ada pada diri sendiri.



Dunia penuh dengan contoh pekerja yang diberhentikan dek ekonomi tidak menentu.



Kehilangan pekerjaan boleh berlaku pada bila-bila masa justeru persiapan sebelum perkara itu berlaku adalah penting.



Encik Chan juga menggesa universiti tempatan supaya menyesuaikan program mereka untuk membantu golongan dewasa menimba ilmu sepanjang hayat.



Institusi juga mesti memberikan pelajar lebih banyak peluang memiliki pembelajaran mereka, katanya, dengan beralih daripada kursus ijazah tradisional kepada cara yang lebih terperinci untuk warga memilih bila dan bagaimana mereka boleh meraih ilmu.



Seperti kata Encik Chan pembelajaran bukan sebuah tempat tetapi sebuah kegiatan.




Covid-19 menunjukkan tidak semua peluang kerja yang boleh kekal.

Kesan wabak yang teruk menjejas sebuah sektor mungkin memaksa pekerja beralih ke sektor lain yang menawarkan potensi lebih cerah. Oleh itu bila ada peluang warga perlu meluangkan masa meraih ilmu.

Namun tidak dinafikan cabaran mencari masa menimba ilmu semasa sibuk bekerja satu hakikat kehidupan – mana ada masa nak ikuti kursus sedangkan kerja harian tidak terlarat dipikul. Pun begitu, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >