Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Usah fokus pada perbezaan apabila bincang isu warga asing

Jan 15, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA perlu beralih daripada dikotomi "kita dan mereka" dalam membincangkan isu warga asing serta menerima bahawa identiti nasional terus berubah berdasarkan penghijrahan dan imigrasi, menurut Profesor Madya Elaine Ho dari jabatan geografi Universiti Nasional Singapura (NUS).



Namun, pada masa yang sama, negara ini perlu ingat akan warisannya dan menggunakannya bagi menggalakkan persefahaman, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Warisan Negara Cik Chang Hwee Nee, pula yang turut akui bahawa warisan juga boleh disalah guna untuk menyokong eksklusiviti dan antagonisme.



Kededua Profesor Ho dan Cik Chang merupakan antara anggota panel maya perbincangan mengenai bagaimana bandar kosmopolitan seperti Singapura mempengaruhi identiti nasional yang diadakan semasa persidangan Perspektif Singapura anjuran Institut Kajian Dasar (IPS) kelmarin.



Moderator bagi sesi perbincangan itu adalah Ketua Makmal Sosial Dr Mathew Mathews.



Menurut Profesor Ho, dasar hijrahan penting dalam ciri kosmopolitan Singapura - untuk menarik perhatian bakat antarabangsa dan juga pengambilan pekerja migran berkemahiran rendah untuk membina dan menyokong infrastruktur.



Namun, beliau juga menyatakan bahawa aliran warga Singapura yang berpindah ke luar negara dan kembali dengan pendedahan antarabangsa juga merupakan faktor yang menyumbang kepada ciri tersebut.



Katanya, perdebatan masa kini berkaitan dengan topik perbezaan biasanya cenderung kepada dikotomi "kita dan mereka".



Kajian Profesor Ho menunjukkan bahawa turut terdapat perpecahan sosial di kalangan warga asing yang berhijrah ke sini, contohnya apabila golongan imigran yang lebih awal merasakan semangat kekitaan yang lebih tinggi berbanding golongan imigran baru.



"Kita perlu beralih daripada dikotomi warga Singapura berbandingan warga lain bagi mempertimbang aspek lain dalam membuat perbezaan," katanya.



Memberikan respons terhadap soalan sama ada menggalakkan perbezaan berdasarkan budaya akan mengukuhkan lagi rasa bangga dengan identiti tertentu dan bercanggah dengan usaha menetapkan identiti nasional, Profesor Ho berkata kekuatan Singapura terletak kepada keterbukaannya menerima kepelbagaian, namun cabarannya ialah untuk mengingatkan rakyat Singapura mengenai masyarakat majmuk ini.



Katanya: "Memang lebih mudah untuk hanya bergantung kepada apa yang kita tahu berbanding untuk menerima bahawa identiti nasional terus berubah dengan penghijrahan.



"Saya tidak akan memikirkannya sebagai sesuatu yang bercanggah. Ia memang mencabar, namun ini lah sebenarnya Singapura. Sebuah negara yang masih dalam perubahan."



Menurut Cik Chang, setiap individu mempunyai aspek identiti berbeza dan perbezaan ada kalanya akan menyebabkan ketegangan dan kesalahfahaman.



"Tetapi perbezaan ini lah yang membentuk ciri kosmopolitan ini dan seterusnya warisan dan identiti kolektif kita, dan ini perlu dibentuk," katanya.



Ketika ditanya sama ada kategori Cina, Melayu, India dan Lain-Lain masih relevan dalam bandar kosmopolitan seperti Singapura, Profesor Ho berkata hal ini kekal relevan sebagai rangka kerja dasar, namun merupakan sesuatu yang "mungkin perlu disemak dari masa ke semasa untuk melihat sama ada ia masih sesuai dalam menguruskan perbezaan sosial di Singapura."



Menurut Cik Chang pula, persoalannya ialah sama ada Singapura akan menjadi lebih baik tanpa kategori itu, memandangkan ia telah menyumbang kepada negara dengan baik selama ini.



Tambahnya, ia sesuatu dasar yang diperlukan buat masa kini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >