ASEAN melangkah setapak ke depan ke arah matlamat merealisasikan sebuah Komuniti Asean yang lebih bersepadu dan terbuka, menyusuli pelaksanaan Sidang Puncak Asean ke-24 di Nya Pyi Taw, Myanmar, pada awal bulan ini.
Banyak yang sudah dicapai dalam usaha melaksanakan senarai tugas dalam pelan induk ke arah visi Komuniti Asean yang disasarkan pada Disember 2015.